RM300 JUTA DIBELANJAKAN.. TAPI TIDAK ADA KUASA.. MASIH SOKONG BN?? |
Penasihat DAP Lim Kit Siang menuntut agar Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dibubarkan sekiranya badan itu tiada kuasa dalam menangani kes seperti penculikan yang berlaku di perairan Semporna minggu lalu.
Katanya, badan pemerintah itu tidak sepatutnya bertindak dengan tidak bertanggungjawab seperti itu selepas menerima peruntukan RM300 juta.
"Esscomm sepatutnya ditutup jika selepas rakyat Malaysia belanja RM 300 juta, ia hanya boleh kata 'tiada kuasa' selepas dua wanita diculik dari sebuah resort di Semporna Rabu lalu," kata Lim dalam kenyataannya.
Lim mengulas kenyataan ketua komunikasi korporat Newmond Tibin Jumaat lalu yang dilaporkan sebagai berata, Esscom tiada kuasa secara langsung untuk memberi arahan kepada 10 daerah Zon Pantai Timur Sabah (Esszone).
Newmond dilaporkan sebagai berkata semua daerah tersebut mempunyai ketua polis daerah sendiri di bawah Ketua Polis Sabah Datuk Hamza Taib dan tugas Esscom hanyala menyelia agensi terlibat.
"Inilah contoh terbaru pentabiran memalukan Malaysia, satu demi satu agensi menafikan tanggungjawab dan menolaknya kepada agensi lain, seolah-olah rakyat Malaysia ini bodoh.
"Selepas membelanjakan lebih RM 300 juta, rakyat Sabah dan Malaysia diberitahu Esscom tidak bertanggungjawab dengan keselamatan mereka. Jika begitu, kenapa tubuhkan Esscom?,” soal Lim.
Esscom ditubuhkan tahun lalu selepas pertentangan dengan satu kumpulan bersenjata dari Sulu di Lahad Datu Sabah, yang menyebabkan sembilan orang anggota pasukan keselamatan Malaysia dan sekurang-kurangnya 67 penceroboh maut.
Menurut Lim, Parlimen sepatutnya membubarkan Esscom jika badan pemerintah itu tidak memberi penjelasan yang memuaskan mengenai peranan mereka.
"Jelas RM 300 juta yang dibelanjakan ke atas Esscom adalah pembaziran dan tiada alasan boleh diberikan dengan membelanjakan sejumlah besar duit untuk membina bangunan besar hanya untuk memainkan peranan mengkoordinasi 10 daerah polis.
"Sabah dan Malaysia tidak memerlukan satu projek 'gajah putih' berharga RM 300 juta," kata beliau.
Rabu lalu, pelancong dari China Gao Huayun,29 dan seorang pekerja resort dari Filipina Marcy Dayawan @ Mimi, 40 diculik tujuh lelaki bersenjata di Singamata Adventures and Reef Resort, di pantai Semporna.
Dua individu tersebut dipercayai dibawa ke Selatan Filipina tetapi masih tiada permintaan wang tebusan dibuat.
Kes ini terjadi kira-kira empat bulan kes pembunuhan seorang pelancong Taiwan dan penculikan seorang wanita. - Malaysiakini

0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.