Bohong Lagi.. KLIA Bukan Kedua Terbaik

Monday, 7 April 2014

MANA KLIA?

Benarkah KLIA dinobatkan sebagai lapangan terbang kedua terbaik dunia? Jika benar bagaimana Bernama boleh menerbitkan dua laporan berbeza mengenai Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2014? Mana satu laporan bernama yang betul? Dalam laporan Bernama pada 27 Mac 2014, tempat kedua dinobatkan kepada Incheon International Airport. Namun seminggu kemudian iaitu pada 4 April 2014, Bernama melaporan KLIA dipilih sebagai lapangan terbang kedua terbaik..

Laporan Bernama pada 27 Mac 2014:

 
TEMPAT KEDUA IALAH INCHEON INTERNATIONAL AIRPORT

Laporan Bernama pada 4 April 2014:
 
SEMINGGU KEMUDIA TIBA-TIBA BERTUKAR JADI KLIA..?

Kalau nak sangat ranking dunia, buat yang terbaik.. berusaha.. bukannya membohong.. cukuplah baru-baru ini Malaysia mendapat kedudukan tercorot dalam ujian penilaian pencapaian pelajar dunia.. Jangan diburukkan lagi keadaan dengan memperlihatkan sikap pembohong negara kepada seluruh dunia..

Aku kah yang silap?.. atau Bernama yang silap?.. atau wujud konspirasi dalam Anugerah Lapangan Terbang Dunia 2014? Tengok lagi image dari sumber yang berlainan:
 
MANA KLIA??

Tengok yang ni pula:
 
MANA KLIA???

Memang SAH, KLIA bukan yang kedua terbaik di dunia.. kesemua sumber menyebut Incheon International Airport.. Bila ingat balik kenyataan Tan Sri Bashir Ahmad kononnya anugerah seperti itu bukanlah yang pertama diterima oleh KLIA,.. agaknya dari mana fakta itu diambil? Sungguh profesional skrip pembohongan beliau dihadapan wartawan..

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.