REBUT PELUANG SKIM MYHOME

Tuesday, 1 April 2014

 
Terdapat dua kategori dibawah Skim MyHome ini – MyHome1 dan MyHome2. Harga rumah dibawah MyHome1 bagi Sabah dan Sarawak ialah diantara RM90,000 dan RM120,000. Selepas potongan insentif, pembeli rumah hanya perlu membayar diantara RM60,000 hingga RM90,000.

Dibawah MyHome2, harga rumah bagi Sabah dan Sarawak adalah diantara RM120,001 dan RM250,000, tetapi kos sebenar setelah menolak insentif ialah RM90,000 – RM220,000.

Untuk melayakkan diri bagi MyHome1, pembeli mesti mempunyai pendapatan seisi rumah diantara RM3,000 hingga RM4,000 manakala bagi MyHome2 ianya adalah diantara RM4,001 hingga RM6,000.

Rumah dibawah MyHome1 haruslah mempunyai keluasan 800 kaki pesegi minima manakala bagi MyHome2 adalah 850 kaki pesegi. Setiap unit harus mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Skim perumahan juga harus mempunyai kemudahan seperi tempat letak kereta, dewan, surau dan taman permainan.

Pemaju perumahan dan bakal pembeli yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan melalui laman web Jabatan Perumahan Negara di http://ehome.kpkt.gov.my.

New Sabah Times

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.