Kakitangan ZTE Dalam MH370

Tuesday, 1 April 2014


Dalam pembangunan masa lalu dengan penekanan kepada kesulitan sensitif dimana negara China dan Amerika Syarikat sedang mengharungi suatu isu, satu jawatankuasa Dewan mengeluarkan laporan dwipartisan dengan kasar yang menuduh dua syarikat terbesar telekomunikasi China sebagai membantu kerajan Komunis yang telah mencuri hak intelektual dari syarikat-syarikat Amerika dan berpotensi selaku mengintip Amerika.

Syarikat China, Huawei Technologies, menjadi topik kepada segala kritikan dan amaran keselamatan oleh Amerika Syarikat selama bertahun-tahun.

Jawatankuasa Dewan Perisik berkata selepas siasatan memakan bertahun-tahun itu, ia membuat kesimpulan bahawa Huawei Technologies dan ZTE Inc., sebagai ancaman kepada keselamatan negara kerana percubaan mereka untuk mendapatkan maklumat sensitif dan kesetiaan mereka kepada kerajaan China.

Syarikat-syarikat berkenaan menjual keperluan peralatan telekomunikasi untuk mewujudkan rangkaian tanpa wayar seperti Verizon Wireless dan AT&T. Ramai pembekal-pembekal utama peralatan tersebut, mengambil berat terhadap keselamatan komunikasi.

Kebimbangan yang serius terhadap Huawei dan ZTE disebabkan hubungan erat syarikat ini dengan kerajaan China, dimana jawatankuasa berkenaan berkata telah memberi subsidi terlalu banyak kepada syarikat berkenaan. Dengan membenarkan syarikat dari China itu menjalankan perniagaan di Amerika Syarikat, kata laporan tersebut, akan memberi kemampuan kepada kerajaan China untuk memintas dengan mudah komunikasi dan ini membolehkan mereka memulakan serangan atas talian terhadap infrastruktur yang kritikal seperti empangan-empangan dan grid-grid kuasa elektrik.

Baru-baru ini Presiden Obama juga mengambil pendirian tegas terhadap negara China. Obama, menerusi Jawatankuasa Pelaburan Asing, mengerahkan sebuah syarikat China untuk melupakan kepentingan mereka dalam empat projek ladang angin berdekatan dengan pangkalan tentera laut di Oregon. Ia adalah kali yang pertama seorang presiden menghalang satu perjanjian selama 22 tahun.

"Kami mempunyai satu proses dimana ia bukannya mensasarkan sebuah syarikat tertentu tetapi menggunakan semua aset-aset dan peralatan milik kerajaan AS bertujuan untuk melindungi telekomunikasi dan infrastruktur utama kami," kata seorang pegawai kanan Rumah Putih.

Kata mereka bahawa kerajaan Amerika Syarikat harus dilarang daripada menjalankan perniagaan dengan Huawei dan ZTE, dan syarikat-syarikat Amerika harus mengelak daripada membeli peralatan mereka.

Kerajaan Amerika Syarikat, kata laporan itu, harus melalui Jawatankuasa Pelaburan Asing di AS, sebuah panel antara agensi yang melakukan kajian semula implikasi keselamatan negara terhadap pelaburan-pelaburan asing, bagi melaksanakan cadangan mereka.

Ia turut mengatakan bahawa jawatankuasa berkenaan harus menghalang sebarang penggabungan dan pemerolehan membabitkan syarikat-syarikat China dan perdagangan Amerika.

Huawei telah menjadi tumpuan kritikan dan amaran keselamatan selama bertahun-tahun, termasuk dari jabatan pertahanan.

Pelan pembesaran syarikat itu di Amerika Syarikat menghadapi rintangan daripada Kongres atas persoalan mengenai hubungan syarikat itu dengan tentera di China.

Huawei menafikan mendapat bantuan kewangan untuk melakukan kajian dan pembangunan bagi tentera China, serta eksekutif-eksekutif syarikat itu berulang-kali mengatakan bahawa tidak ada yang mereka sembunyikan.

Dalam satu kenyataan, Huawei mengutuk laporan dan siasatan jawatankuasa itu.

Malang sekali, laporan jawatankuasa itu bukan sahaja tidak menghiraukan bukti rekod terbaik kami dalam keselamatan rangkaian di AS dan global, malah juga tidak memberi perhatian kepada fakta-fakta yang telah kami sediakan," kata Huawei dalam satu kenyataan, kemudian menambah bahawa "laporan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa tersebut mengandungi pelbagai khabar angin dan spekulasi untuk membuktikan tuduhan yang tidak berasas".

Huawei telah meraih kejayaan yang berpatutan dalam mendapatkan kontrak-kontrak telekomunikasi terbesar di negara Eropah dan dalam pasaran yang sedang meningkat maju.

Bagaimanapun, syarikat itu juga mencapai sedikit kejayaan di AS, dimana ahli-ahli politik sudah lama bimbang, meskipun penafian Huawei bahawa ia akan digunakan sebagai alat pendengar China atau aktiviti-aktiviti lain perang siber.

Syarikat berkenaan ditubuhkan pada 1987 oleh Ren Zhengfei, seorang bekas pegawai Tentera Liberalisasi Rakyat dan seorang askar penyelidik teknologi yang sudah lama mengendalikan syarikat tersebut.

Syarikat itu dimiliki oleh pekerja-pekerjanya dan tidak seperti koperasi-koperasi China yang lain, memilih untuk tidak menjual saham-saham di Hong Kong atau Amerika Syarikat, dimana urusan ini memerlukan pendedahan kewangan syarikat.

ZTE yang mempunyai ramai pekerja menaiki pesawat MH370 berkata bahawa ia "telah meletakkan standard yang belum pernah mereka lakukan bagi sebuah koperasi dari mana-mana syarikat China" dengan siasatan Kongres. - Pemerhati China-AS

Extracted from Daily Express by Sabah Report

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.