Degil.. Wan Junaidi Kata Tutup Resort di Pulau Terpencil

Monday, 7 April 2014


Pulau Berhala dijadikan destinasi pelancongan

KOTA KINABALU: Dalam usaha untuk memenuhi permintaan pelancong tempatan dan luar negara, pihak berkuasa telah mengambil tindakan untuk menjalankan kerja pembersihan di Pulau Berhala, Sandakan sebelum ini.

Di samping itu, pembinaan kemudahan asas di pulau tersebut juga dijalankan, dengan tujuannya untuk menyambut ketibaan kedatangan pelancong yang akan datang, dengan persekitaran yang bersih dan rapi. - FMT Borneo Plus


Kesian Sabah tanah air ku.. Negeri yang berpotensi dimajukan sebagai "syurga pelancong" kini bertukar menjadi "neraka pelancong". Apatah lagi Timbalan Menteri Dalam Negeri sendiri mengakui bahawa mereka tidak mampu menjamin keselamatan pulau terpencil di Sabah (walaupun pulau itu hanya 5 minit dari pekan atau bandar).. Jika tidak ada jaminan keselamatan, untuk apa kementerian pelancongan dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bertungkus-lumus memajukan Pulau Berhala?

Cukuplah.. rakyat Sabah tidak mahu bersekongkol dengan kerajaan umno/BN yang gemar menjadikan pelancong asing sebagai mangsa bunuh dan culik disebabkan kelemahan mereka.. Rakyat Sabah juga tidak mahu bersekongkol dengan kerajaan umno/BN untuk sama-sama menuding jari terhadap pengusaha resort sedangkan kelemahan dan kesilapan itu berpunca dari umno/BN..

Selepas ratusan juta dibelanjakan, boleh pula Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata pengusaha resort di pulau "terpencil" perlu menjaga keselamatan sendiri? Kenapa tidak serahkan saja semua aset pertahanan negara kepada pengusaha resort? kenapa tidak bahagikan saja peruntukan RM300 juta itu kepada pengusaha resort??

Oleh itu, saya nasihatkan, tidak perlulah bertungkus-lumus memajukan industri pelancongan di Sabah (buat masa ini).. Apa yang perlu rakyat Sabah lakukan ialah, tumbangkan kerajaan umno/BN.. Tumbangkan kerajaan Najib dan Musa Aman.. Selepas kerajaan zalim ditumbangkan, maka hilanglah segala sekatan dan halangan untuk memajukan dan memakmurkan negeri Sabah..

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.