KUCHING: Kerugian sebanyak RM1 bilion setahun dihadapi industri kelapa sawit negeri disebabkan kekurangan pekerja untuk menuai hasil. Masalah ini berlaku kerana tandan buah segar (FFB) tidak dikutip walaupun hasil tuaian terbabit sangat besar.
Beliau juga berkata kebanyakan pekerja diambil dari Indonesia tetapi dengan kewujudan ladang kelapa sawit yang semakin banyak di negara tersebut telah mempengaruhi rantaian bekalan buruh. Oleh kerana ini, kita telah ke Bangladesh untuk tujuan terbabit.
Menurut sumber, Bangladesh sudah bersedia untuk membekalkan tiga ke empat juta pekerja mereka ke Malaysia untuk bekerja di sektor yang kritikal iaitu perladangan, pembinaan dan pembuatan. Sehingga kini, negeri Sarawak masih memerlukan 150,000 pekerja asing dalam tiga sektor terbabit. - FMT Borneo Plus
Rakyat tidak kisah jika kerajaan BN membawa ratusan ribu atau jutaan pekerja asing ke Malaysia jika pekerja asing ini tidak diberikan IC untuk mengundi BN. Namun berdasarkan rekod jijik Barisan Nasional, pemberian IC kepada pekerja asing ini bukanlah sesuatu yang mustahil sebagaimana yang berlaku di Sabah..
Pada pandangan penulis, kerugian RM1 bilion setahun itu tidak akan berlaku jika kerajaan dan pihak swasta dapat menggalakkan warga tempatan untuk menceburi bidang perladangan (buruh) melalui tawaran yang menarik terutamanya dari segi gaji.. Kenapa langkah ini tidak dilaksanakan sedangkan sektor perladangan di Sabah dan Sarawak mampu mengaut keuntungan berlipat kali ganda?
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.