Respon Bodoh Bung Mengenai Insiden Culik

Thursday, 3 April 2014

ORANG CAKAP PASAL PENCULIKAN, DIA MELALUT SAMPAI PRU14
 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mengingatkan rakyat Malaysia, khususnya di Sabah agar tidak sekali lagi terpengaruh dengan dakyah pembangkang ekoran insiden penculikan dua wanita dari China dan Filipina di sebuah resort dekat Semporna. Walaupun timbul beberapa kejadian yang tidak dijangka, namun ujar Bung kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah melakukan yang terbaik demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

"Kerajaan BN sudah buat yang terbaik dalam pelbagai isu negara, tetapi kita lihat pembangkang sengaja hendak menjatuhkan imej kerajaan supaya menang di PRU-14 nanti. Jadi saya berharap rakyat menggunakan kebijaksanaan mereka untuk menilai parti atau pemimpin yang berwibawa," katanya ditemui pemberita di lopbi Parlimen hari ini. - Antarapos
 
Ulasan:

Tidak perlu ingatkan rakyat Malaysia kerana rakyat Malaysia jauh lebih bijak dari menteri-menteri Barisan Nasional. Rakyat tidak akan terpengaruh dengan dakyah pembangkang jika Barisan Nasional dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik, jujur, amanah, cekap dan yang sewaktu dengannya. Jika beginilah respon Bung Mokhtar mengenai insiden culik di Semporna, baik tidak payah ditemubual.. buang masa, menyakitkan telinga dan menjijikkan.. Kenapa Bung tiba-tiba masuk bab PRU14? Perkara yang hangat dibincang sekarang ini adalah mengenai keselamatan rakyat dan pelancong asing.. bukannya Pilihanraya Umum..

Bung kata Barisan Nasional sudah melakukan yang terbaik untuk menjaga kedaulatan negara.. Jesteru, jika inilah yang dikatakan terbaik; dimana penculikan dan pencerobohan masih berlaku, secara jujur saya katakan lebih baik semua menteri-menteri Barisan Nasional lepaskan jawatan? Serahkan saja tampuk pemerintahan negara kepada parti yang bersungguh-sungguh mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.

Apa sahaja tindakan yang diambil oleh kerajaan Barisan Nasional, terutama sekali yang memerlukan perbelanjaan besar, langsung tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.. Contoh paling dekat ialah penubuhan RCI dan zon keselamatan ESSCOM/ESSZONE.. Berapa ratus juta telah digunakan oleh kerajaan? dan apa hasilnya? Berkurangkah jumlah PATI di Sabah? Bagaimana dengan nasib dalang dan pemilik projek IC? dan kenapa masih berlaku kes pencerobohan/penculikan di kawasan yang kononnya dikawal ketat oleh pasukan keselamatan?

Apa yang berlaku sejak kebelakangan ini, membuatkan saya semakin meragui kesungguhan, kredibiliti dan profesionalism kerajaan Barisan Nasional dalam menangani apa jua kes dalam negara. Jika kes-kes yang mendapat liputan media antarabangsa, masih dipandang remeh oleh menteri-menteri BN, inikan pula isu-isu dalam negeri seperti pembangunan infrastruktur dan ekonomi.. Tidak heranlah, sehingga kini Sabah masih mengungguli status negeri termiskin.. Sebab menteri-menteri Barisan Nasional Sabah tidak serius dan tidak jujur dalam melaksanakan tanggungjawab mereka walaupun ditekan oleh masyarakat dalam dan luar negara..

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.