Rakyat S'wak berang idea undi ikut garis kaum

Wednesday, 2 April 2014


Pemimpin Bidayuh memberi amaran kaum minoriti akan terus dipinggirkan jika cadangan seorang menteri persekutuan – supaya rakyat Malaysia mengundi mengikut garis kaum – dilaksanakan.

Ketua DAP Serian Edward Luak berkata pengundian berdasarkan kaum akan memberikan Melayu 60 peratus kerusi, sementara kaum lain perlu berkongsi sesama mereka.

Menurutnya lagi, kumpulan kecil seperti Bidayuh, Orang Ulu, Melanau, Rungus, Murut dan Lun Bawang tidak berpeluang meletakkan wakil.

"Ia akan membawa kepada ketuanan di kalangan orang Melayu, manakala kaum minoriti pula akan terus terpinggir," katanya.

Edward mengulas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang berkata pengundian berdasarkan garis perkauman akan memupuk keharmonian kaum dalam negara ini.

Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.