Petanda Buruk Jika Obama Datang Malaysia

Thursday, 10 April 2014

Pihak US akan menuntut 8 buah khazanah dari negara kita dan mereka juga mahu negara kita menandatangani Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) sebagai galang ganti kepada hutang negara...

MH370, Obama, Najib Razak

Ada beberapa perkongsian saya mahu dedahkan kepada anda semua. Perkongsian ringkas.

1. Obomba tunda kehadirannya ke Tanah Melayu. Antara minggu ini dan minggu hadapan. Dia akan datang juga. Dia akan berada disini sekitar 3 ke 4 hari atau mungkin lebih. Hari ini, 9 April 2014, dia punya security secretary shif yang ke-2 sahaja yang masuk ke Malaysia.

2. Shif pertama wakil Obomba sudahpun masuk secara rahsia pada 4 April dan pulang ke Amerika Syarikat (US) sekitar 6 April lalu.

3. Tarikh Obomba akan hadir ke Tanah Melayu ini adalah, paling awal 14 April dan paling lewat 24 April. Dia akan datang ke tanah kita MUNGKIN dua kali. Seterusnya pada 26 April dia datang lagi secara rasmi, dan pada 27 April 2014 dia akan ke Universiti Malaya bagi satu tujuan menerima Ijazah Kehormat serta akan merasmikan MAGIC di Cyberjaya (rujuk sini untuk Magic). Saya masih menanti dokumen mengenai upacara ini.

4. Saya mendoakan agar kedatangannya itu gagal. InsyaALLAH, sekiranya ramai yang memohon kepada ALLAH SWT, mungkin ada antara kita yang doanya dikabulkan.

5. Petanda buruk bagi rakyat negara ini sekiranya Obomba jadi untuk datang 2 kali dalam bulan ini.

6. Petanda buruk juga apabila sudah terlalu ramai orang mula bercerita tentang kedatangan akhir zaman.

7. Petanda buruk juga apabila cuaca dan suasana serta angin yang bertiup sudah mula berubah dan tidak sekata.

8. Petanda buruk juga apabila cashflow dan juga traffic jam di Kuala Lumpur sudah tidak sekata.

9. Petanda buruk juga apabila nilai wang dalam akaun-akaun rakyat semakin meningkat secara digital tetapi tiada cash.

10. Sedikit lagi info berkenaan gambar-gambar askar yang berlegar di internet baru-baru ini.

11. Gambar ini adalah gambar tentera US yang baru pulang daripada Kelantan dan mereka sedang berada di KLIA ketika menunggu penerbangan mereka pulang ke US. Menurut sumber yang saya terima, gambar tersebut dirakamkan pada 2 hari lepas sekitar 7 April (kalau tak silap saya) di KLIA dan telah diupload ke facebook dan menjadi viral.

12. Gambar tersebut adalah tentera US yang hendak pulang (sekarang dah balik dah) ke US selepas selesai tugas di Kelantan. Mereka mengadakan shift rotate. Di Kelantan, mereka ada satu co-op untuk 'meriki' khazanah di sana yang terletak disebuah lokasi rahsia. Siapa yang pernah baca blog Shah Paskal mungkin dia tahu.

13. Manakala gambar ini pula merujuk kepada tentera Australia yang telah tiba ke negara kita pada hari ini. Dirakamkan di KFC NKVE arah Damansara, mereka sedang rehat makan tengah hari selepas tiba dari KLIA untuk ke PWTC pada 14 April ini.

15. Tak tahu kenapa mereka datang awal sangat dan siap dengan pakaian celoreng. Mungkin mereka nak melancong kot, maklumlah tahun ini tahun melawat Malaysia. Jadi mereka pun ambil peluang melawat negara kita lebih awal. Saya sendiri pun belum sempat lawat semua negeri dalam Malaysia tahun ini. Tapi tentera Aussie dah datang lebih awal.

16. Pada 14 April ini sehingga 16 April, satu konferens keselamatan dan pertahanan dunia akan diadakan di PWTC. Konferens tersebut diadakan di PWTC dengan dihadiri oleh banyak negara-negara yang memihak kepada blok kapitalis-zionis.

17. Konferens ini rentetan daripada perjanjian keselamatan antara Malaysia dan US.

18. Selain konferens, pameran keselamatan juga akan diadakan sepanjang tempoh berikut. Kepada orang awam yang nak hadir untuk melihat lebih dekat, bolehlah datang ke PWTC pada 14 hingga 16 April 2014. Tak tahu la kalau orang awam boleh masuk. Kalau kena halau tu, saya minta maaf la ye.

19. Poster konferens tersebut boleh rujuk bahagian bawah atau tekan sini.

20. Oh ya, sebelum saya terlupa, seperti yang saya pernah sebutkan sebelum ini. Kos belanja Search and Rescue (SAR) MH370 telahpun melebihi 600 juta ringgit.

21. Kos-kosnya adalah seperti berikut...

Jepun - RM28 juta
US - RM22 juta
Australia (2 buah kapal) - RM1.4j + RM1.2j = RM2.6j / hari

22. Itu kos yang berjaya direkodkan beberapa hari lalu. Ada banyak negara yang hadir dan kesemua mereka mengeluarkan belanja beratus juta ringgit. Kesemua kos ini harus ditanggung oleh negara penganjur. Namun, dananya diberi oleh US.

23. Dana tersebut telahpun disalurkan beberapa hari lalu sebanyak lebih kurang RM600 juta.

24. Sekarang ini adalah masa untuk membalas budi. Banyak budi yang akan dituntut oleh negara luar. Antaranya, Singapura telah meminta satu sistem pengangkutan mudah alih (kereta api laju) dari Singapura terus ke Kuala Lumpur. Sistem baru ini sudahpun diluluskan oleh DSN (menurut sumber). Selain itu, pihak US akan menuntut 8 buah khazanah dari negara kita dan mereka juga mahu negara kita menandatangani Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) sebagai galang ganti kepada hutang negara. Ada banyak lagi tuntutan-tuntutan negara luar yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Saya juga dikunci daripada mendedahkan kesemuanya atas faktor-faktor tertentu. Amatlah mendukacitakan setiap kali saya menerima berita-berita ini. Apalah nasib anak bangsaku dan negara ini apabila satupersatu digadaikan dan diserahkan kepada orang luar. Apalah agaknya bala ALLAH ke atas umat kita ini kelak ya.... alangkah sedihnya apabila segala amanah dan janji-janji pemimpin kita kepada tok nenek moyang kita dahulu telahpun diKHIANATI ! Berdoalah kepada ALLAH SWT agar negara kita disejahterakan dan diselamatkan daripada bala. Kita sememangnya sudah terpalit dengan fitnah akhir zaman. Ketahuilah, MALAYSIA sudahpun menjadi sebahagian daripada NWO. Hanya kemuncak NWO sahaja belum terlaksana.

25. Untuk pengetahuan, ada beberapa pihak tabib, pawang, kiyai dan bomoh sudah dihantar ke satu lokasi untuk upacara menaikkan MH370 yang tenggelam di Laut China Selatan.

26. Menurut berita yang saya terima, orang-orang dari Skylab yang pernah menaikkan Helikopter yang jatuh di Bario, Sarawak dahulu juga sudah dihantar beberapa hari yang lalu.

27. InsyaALLAH, MH370 akan timbul selepas Obomba datang ke tanah Melayu ini. Saya tidak pasti bilakah dia datang. Namun, berdasarkan data dan maklumat yang saya terima, dia akan datang seperti tarikh-tarikh yang telah saya sebutkan di atas.

28. Saya mengharapkan agar pesawat tidak ditimbulkan kepada orang awam atas sebab-sebab keselamatan negara.

29. Esok, 10 April 2014, hari Khamis, khabarnya Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) hendak membuka cerita dimanakah lokasinya MH370. Sekiranya maklumat ini benar, kita nantikan esok hari. Dimanakah lokasi MH370 disembunyikan yang akan diberitahu oleh DSAI? Kita tunggu jawapan dia esok. Pada saya, ini hanyalah satu ugutan kepada DSN. DSAI mahu naik jadi PM tetapi dia tidak boleh naik sekarang. Satu drama yang lebih dahsyat harus direncanakan bagi melakukan "regime change" dinegara kita. Bilakah ia akan terjadi?? Bergantung kepada kebijaksanaan DSN ketika berunding dengan Obomba nanti. DSAI juga akan memulakan kempen jelajah reformasinya bermula esok. Rujuk poster ini.

30. Masih ingat lagikah hint-hint serta clue yang pernah saya berikan lama dahulu?

31. "Bila tenggelam tak ramai yang mati. Bila timbul ramai yang mati."

32. Kata-kata ini akan terbukti sekiranya MH370 ditimbulkan selepas Obomba datang ke negara kita.

33. Kata-kata ini juga akan diuji kebenarannya ketika MH370 diumumkan sudah ditemui kelak.

34. Saya masih tidak tahu apa perancangan kerajaan kita setelah MH370 dinaikkan, apakah mereka mahukan berita ini lenyap begitu sahaja seperti lenyapnya berita Lahad Datu dahulu? Atau mereka mahu mendedahkan kepada rakyat bahawa MH370 sudah ditemui....

35. Sekiranya MH370 sudah ditemui dan diangkat ke darat dan dibawa pulang ke Malaysia sekalipun, amat sukar bagi pihak kerajaan mahu mendedahkannya.

36. Dato Seri Najib bukanlah orang yang hebat seperti Tun Mahatir yang boleh memberitahudirect apa sahaja berita tanpa rasa sangsi.

37. Saya masih mengharapkan yang terbaik untuk negara kita. Cukup-cukuplah negara kita sudah tergadai banyak sekarang ini. Sultan yang bertakhta pun ramai yang dah tak boleh pakai. Saya mengharapkan agar Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin terus diperpanjangkan usia oleh ALLAH SWT dan meneruskan amanah serta janji-janji nenda mereka kepada Tuan Tanah Terenganu lama dahulu. Saya mengharapkan agar janji kepada Tuan Tanah itu TIDAK dikhianati. Saya amat mengharapkan agar ada antara para Sultan ini berbuat sesuatu bagi kelansungan anak cucu Bani Jawi ini. Takkanlah mereka yang tamak masih tidak puas mahu menjarah harta dan kekayaan bumi Malaysia ini?????? Sudah-sudah lah tu ! Buangkan Wahn dalam diri. Ingat janji kalian kepada leluhur kalian dahulu mahu menjaga bumi Nusantara ini ! Lindungilah kami rakyat jelata ini daripada dijajah buat kali ke-7 !! Kalain adalah pemimpin, kalian adalah payung rakyat !! Dimanakah suara-suara kalian disaat rakyat merana??????

38. Terkini, saya dimaklumkan, seramai 86 ribu rakyat Beijing telahpun dibawa masuk ke negara kita melalui Johor dan Singapore.

39. Angka ini meningkat daripada 70 ribu seperti yang pernah saya maklumkan dalam artikel saya sebelum ini. Rujuk artikel ini pada point nombor 21.

40. Saya juga telah dimaklumkan bahawa orang-orang Cina ini ada antaranya adalah dari Beijing dan Singapura. Mereka ditempatkan dalam perumahan-perumahan awam di Johor seperti rakyat biasa yang lain. Bekalan makanan mereka juga sudahpun disupply oleh beberapacompany Malaysia yang mana majoritinya dimonopoli oleh orang China itu sendiri. Saya sedang menanti maklumat berkenaan bekalan makanan ini. Yang jelas, ada antaranya seperti sayuran dan bekalan mentah lain diambil daripada Cameron Highlands. Saya juga turut dimaklumkan, "sekiranya babi banyak dibawa masuk ke Johor kelak, ketahuilah itu petanda buruk bagi kalian". Ingat pesan saya yang ini.

41. Passport dan visa kelulusan mereka masuk juga telah diluluskan oleh seorang Cina dari Sabah.

42. Kesemua 86 ribu (jumlah terkini) sudah bertapak di Johor. Antara lokasinya adalah di Nusajaya. Tanah yang bakal tergadai dek Cina.

43. Ini semua angkara pemimpin Johor yang hanya mahukan keuntungan dan TAMAK serta takutkan mati. Diberi kepada mereka ini segunung emas pun pasti mereka minta segunung lagi.

44. Saya semakin gusar apabila pada hari ini, satu berita daripada China telah memberitahu bahawa Presiden Isreal, Shimon Peres telah hadir ke China untuk satu konferens keselamatan dan keamanan bersama antara 2 hala, Isreal dan China. Rujuk artikel ini.

45. Ini kali pertama saya mendapat berita orang China mahu berkerjasama dengan Isreal secara terang-terangan pada beberapa tahun terakhir ini. Sekarang ini sudah semakin jelas dihadapan mata saya bagaimana negara kita bakal tergadai kepada Yahudi-Isreal. Negara ini digadaikan melalui pemimpin kita sendiri kepada proksi-proksi mereka. Yahudi menjajah sesebuah negara melalui proksi. Amatlah mendukacitakan apabila kita mengambil proksi yahudi sebagai wakil kita.

46. Seperti yang pernah saya nukilkan di wall facebook saya, satu masa nanti China akan dibeli oleh pihak kapitalis-zionis. Kini kita sedang melihat bunga-bunga awal, China dibeli oleh kapitalis-zionis.

47. Apabila negara China melakukan dasar ekonomi tertutup kelak, ketahuilah dikala itu Perang Dunia Ke-4 SUDAH AMAT HAMPIR. Ingat kata-kata saya yang ini !

48. Rujuk posting ini untuk mengetahui apa yang terjadi di Selatan. Sejauh mana kebenarannya, saya tidak tahu. Namun, setakat ini sudah semakin terbukti. Posting tersebut telah saya buat sekitar 11 Mac 2014. Ketika itu MH370 baru lagi hilang. Itu adalah antara intipati daripada perjumpaan saya dengan brader Ganu tempoh hari. Rujuk artikel ini pada point 15 - 22 untuk membaca kisah saya bertemu dengan brader tersebut.

49. Rujuk point nombor 40 di atas, mengapa saya tekankan mengenai 'babi'? Kerana, menurut brader Ganu tersebut, senjata untuk melumpuhkan ilmu orang Melayu yang hebat-hebat adalah dengan darah babi, terutamanya babi hutan. Ilmu orang Melayu yang hebat-hebat itu seperti ilmu pencak silat, ilmu kebal, ilmu parang terbang, ilmu ghaib dan banyak lagi yang masih ada di tanah Melayu ini diwariskan turun temurun. Walaupun zaman ini sudah semakin moden dan ilmu-ilmu seperti ini semakin dilupakan, namun bagi saya ia amat penting ketika saat-saat genting dan persediaan kita menghadapi insurgency.

50. Membaca kisah ini bagaikan sesuatu yang pelik dan aneh bagi orang yang tidak pernah faham tentang ilmu akhiruz zaman. Saya tidak memaksa anda untuk menerimanya. Namun, ini hanyalah peringatan bagi orang-orang yang mahu bersiap sedia sahaja. Sekiranya bagi anda ini adalah perkara olok-olok, teruskan dengan kehidupan anda seperti biasa dan abaikan segala pesanan saya kerana kiamat masih lambat lagi.

51. Pada saya, amatlah malang sekali apabila generasi Melayu yang dibesarkan dan dilahirkan dengan kemodenan ini sudah tidak tahu apa itu parang terbang. Bila saya sebut, "ilmu perang hikmat" pun mereka tidak tahu. Ramai yang tahu pasal khurafat sahaja. Asalkan perkara itu tidak diajar kepada mereka di sekolah, maka itu khurafat bagi mereka.

52. Sehingga kini, saya masih mencari-cari lagi dimanakah bersembunyinya keturunan-keturunan para perjuang ini.

53. Mengapa ilmu-ilmu ini tidak mahu dikembangkan? Amat beruntung bagi orang yang masih mempunyai ilmu-ilmu tua ini. Sukar untuk didapati di mana-mana lokasi.

54. Saya percaya, masuknya dakyah wahabi ke tanah Melayu ini sebenarnya mahu menghakis kekuatan Ruh Islam itu sendiri.

55. Apabila setiap hari kita doktrinkan bahawa ilmu-ilmu hikmat ini adalah sesat, khurafat dan syirik, sudah pasti ramai yang akan turut beranggapan sebegitu.

56. Sedangkan ilmu-ilmu tua ini pun dipelopori oleh para perjuang pembebasan tanah air kita sendiri.

57. Lihat sahaja "ilmu perang hikmat" yang dibawa oleh Mat Kilau yang diterima daripada bapa dan rakan-rakan bapanya. Imam Rasu, Tok Gajah, Tok Bahaman. Mereka semua ada ilmu-ilmu hikmat.

58. Lihat sahaja cerita orang dahulu kala, Panglima Lidah Hitam. Apa sahaja yang disebutkan panglima ini, sudah pasti menjadi. Panglima Lidah Hitam amat digeruni kerana pantang dia sebut sesuatu, pasti menjadi.

59. Tok-tok Ulamak dan juga para Kiyai kita dahulu kala, semuanya mewariskan pusaka ilmu yang amat berharga. Lihat sahaja, Dato Paduka Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud dari Kelantan yang mewariskan ilmu Pati Rahsia. Di dalamnya lengkap dengan pelbagai ilmu warisan yang sarat dengan falakiah dan juga mujarobat. Begitu pula dengan orang-orang Kiyai Haji Salleh. Baca sahaja jampi, parang yang keras dan berat itu boleh terbang menerkam musuh.

60. Lihat sahaja Tok Syeikh Arsyad Al-Banjari, mewarisi ilmu kasyafullah. Dia telah menuliskan sebuah kitab bertajuk "Alamaat fi Al-Mahdi Al-Munthazar". Kisah-kisah kebangkitan akhir zaman dan kedatangan Al-Mahdi yang ditunggu-tunggu itu sebenarnya sudah dipesankan oleh ulamak silam kita disini. Semuanya sudah lama diceritakan, namun orang Melayu kita telah banyak melupakannya atas faktor-faktor penjajahan ilmu.

61. Ini semua harus kita pelajari dari sekarang dan kita cari serta gali. Inilah masa yang paling sesuai untuk kita kembali mempraktikkan ilmu-ilmu tua yang telah dilupakan.

62. Bagaimana kita mahu berhadapan dengan musuh yang handal sedangkan kita hanya berbekalkan parang yang kontot dan tiada ilmu mujarobat, kebal, falak waima ilmu hikmat????

63. Apakah kita mahu menyerahkan leher kita buta-buta untuk dipenggal oleh musuh?

64. Mahu angkat senjata? Ada duit mahu beli kah??

65. Orang Cina sudah lama mengawal pasaran semasa. Mereka sudah kawal dari segi teknologi, ekonomi, bahan mentah asas dan banyak lagi. Semua ini persediaan mereka bagi survival kaum mereka dimasa akan datang.

66. Setiap kaum dan bangsa di bumi ini ada prophecy masing-masing.

67. Orang Yahudi mempercayai prophecy nenek moyang mereka bahawa kelak mereka akan menang dalam perang di lembah Mageddo ketikamana Messiah mereka turun dan membantu mereka.

68. Sedangkan, di dalam Islam pula, Nabi Muhammad SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam (SAWAW) sudahpun berpesan bahawa pembela bagi umat akhir zaman ini adalah Imam Mahdi dan Nabi Isa Al-Masih. Isa Al-Masih jugalah yang akan membunuh Dajjal yang mana, jika kita kaitkan dengan prophecy orang yahudi itu, Messiah bagi mereka itulah sebenarnya Dajjal dalam hadis yang disabdakan oleh Baginda SAWAW.

69. Oh ya, sebelum terlupa, saya ada nak maklumkan sedikit berkenaan kibaran bendera Isreal di Sabah. Baru-baru ini ada satu syarikat dari China yang membuat penggambaran sebuah filem berkisarkan "Pertandingan Ratu Pramugari Sedunia" dan di tepi pentas itu dipacakkan banyak bendera negara luar yang menyertai pertandingan tersebut termasuklah Isreal. Apabila desakan demi desakan dibuat, akhirnya bendera telah diturunkan. Pihak resort menyatakan yang mereka tidak tahu tentang pemasangan bendera tersebut. Namun, bagi saya ini sebenarnya satu usaha untuk mencabar kedaulatan bumi Malaysia. Bayangkan, Sabah sebuah negeri yang sudah lama diidam-idamkan oleh proksi US bagi menjayakan misi akhir NWO mereka, tiba-tiba sahaja sedang orang sebok dengan cerita MH370 dan pelbagai kecelaruan dan kemelesetan yang berlaku, mereka sengaja memacakkan bendera Isreal disana.

70. Hidup kita ini bagaikan sebuah pentas lakonan. Setiap orang sudah diberi amanah dan skrip mereka tersendiri. Terpulang kepada anda mahu melakonkan bagaimana watak anda itu. Tetapi, jangan sesekali melanggar skrip atau memecah amana yang telah diberi kepada anda. Nescaya buruk padahnya.... boleh kena fired sama tuan Direktur !

WasALLAHu ala Muhammad wa Aali Muhammad. Intaha.

Semoga apa yang saya tuliskan serba ringkas ini dapat memberi kefahaman kepada anda semua dalam apa jua perkara yang sedang memeningkan kepala ramai pihak. Bacalah dengan hati yang terbuka. InsyaALLAH, walaupun sedikit, walaupun anda membenci saya, namun pasti ada manfaat bagi anda. Saya berharap setelah anda membacanya, ayuh sama-samalah kita memperingatkan kaum keluarga terdekat kita akan kedatangan bahaya fitnah akhir zaman ini. Sesungguhnya, di akhir zaman ini, apabila datangnya fitnah dajjal kepada kamu, maka kamulah yang akan menjadi pembela bagi diri kamu dan keluarga kamu.... aw kama qaal.

Gambar-gambar:


(RUJUK POINT 16)

(RUJUK POINT 13)


(RUJUK POINT 12)

(RUJUK POINT 29)

(RUJUK POINT 44)

(RUJUK POINT 69)

(RUJUK POINT 69)

(RUJUK POINT 69)

(RUJUK POINT 69)

(GAMBAR KIBARAN BENDERA KETIKA DIPACAK DI RESORT TUARAN, SABAH)

Terima kasih kepada:

1. Geng M im Bersatu.
2. Informer-informer.
3. Pekerja supplier untuk projek Beijing - Johor.
4. Geng PDM bersatu.
5. Geng Ganu Nelang.
6. Para Masyaikh dan Habaib.
7. Shah Paskal.
8. Serta semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.....

Penganalisa Berita Semasa
Freelance Internet Marketer

2 comments:

  1. bodoh punya statement

    ReplyDelete
  2. senang kata org bodoh ko tu sape?klau statement salah tapi gmbarnya betul lu pikirla sndiri...

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.