Pendirian Najib Mengenai Insiden Culik dan MH370 BERBEZA

Friday, 4 April 2014


Pantas pula Najib lontarkan pandangan kononnya kes penculikan di Semporna didalangi oleh pihak tertentu bagi tujuan mengeruhkan hubungan Malaysia-China. Dia tidak perlu menunggu laporan rasmi dari Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Wira Hamza Taib mengenai kes itu. Malah menurut laporan Malaysiakini, Najib menyatakan bahawa beliau TIDAK MENOLAK kemungkinan wujudnya pihak yang mahu mengeruhkan hubungan Malaysia-China. Bagaimana pula dengan kehilangan MH370? Kenapa Najib yakin bahawa pesawat itu berakhir di Lautan Hindi sedangkan hasil penemuan setakat ini hanyalah sampah sarap berupa peralatan menangkap ikan?

Menurut Hamza (DISINI), pihaknya percaya bahawa wanita China itu berada di tempat yang salah pada masa yang salah kerana dia kebetulan berdiri di luar bilik ketika penculik melalui tempat itu semasa melarikan mangsa pertama iaitu wanita Filipina. Apabila penculik ternampak wanita China tersebut, mereka lalu menangkapnya untuk dijadikan "shield". Kesimpulannya, wanita China itu adalah mangsa penculikan RAMBANG, bukannya didalangi oleh pihak tertentu bagi tujuan mengeruhkan hubungan Malaysia-China.

Nampak sangat perbezaan pendirian Najib mengenai dua insiden ini. Dia melarang rakyat untuk mempercayai atau menimbulkan spekulasi mengenai kehilangan MH370, sementara dia sendiri timbulkan spekulasi kononnya penculikan wanita China di Semporna didalangi pihak tertentu yang mahu mengeruhkan hubungan Malaysia-China.

Mungkinkah kenyataan Najib itu sekadar mahu menyelamatkan imej ESSCOM/ESSZONE yang kini telah menelan belanja ratusan juta ringgit dengan mengalihkan soal kelemahan penubuhan zon keselamatan itu terhadap agenda jijik pihak tertentu yang beliau sendiri tidak pasti? ATAU sememangnya Najib tahu wujud kuasa besar lain yang mendalangi keretakan hubungan Malaysia-China sejak hari pertama pesawat MH370 hilang dari radar?

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.