Musa Aman, Masidi Manjun, Mohd Mantek Wajib Bersara

Thursday, 3 April 2014


Hanya selang beberapa bulan selepas kejadian bunuh dan culik warga Taiwan di Pulau Pom Pom Semporna, kini berlaku kembali kejadian sama juga di daerah yang sama. Adakah kali ini para menteri Sabah akan mengulagi kenyataan yang sama sebagaimana mereka menjawab kes penculikan di Pulau Pom Pom? Walaupun kerajaan sudah keluarkan peruntukkan ratusan juta ringgit untuk keperluan pasukan keselamatan dan juga menambah aset pertahanan di semua kawasan Zon Keselamatan, namun kejadian culik tetap berlaku.
 

Sungguh mengherankan apabila perbelanjaan kerajaan bagi ESSCOM dan ESSZONE sentiasa bertambah, namun tahap keselamatan rakyat dan pelancong masih ditakuk lama. Bila rakyat minta penjelasan, menteri-menteri Barisan Nasional akan beri jawapan sempoi seperti jangan panik, kes berlaku di kawasan terpencil, sektor pelancongan tidak terjejas, keadaan terkawal dan tidak kurang juga menyalahkan kawasan pesisir pantai Sabah yang luas serta menyalahkan pengusaha resort kononnya tidak bekerjasama dengan anggota keselamatan.
 

Rakyat tidak mahu mendengar alasan-alasan seperti itu.. yang rakyat mahu adalah jaminan keselamatan dari parti pemerintah.. Jika kerajaan Barisan Nasional tidak mampu memastikan setiap inci wilayah negara ini selamat dari penceroboh atau pengganas, lebih baik lepaskan saja jawatan dan serahkan tampuk pemerintahan kepada parti lain.
 

Sebagai pengerusi ESSCOM dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman patut malu dengan insiden penculikan yang berlaku untuk kali kedua dalam tempoh kurang dari setahun di daerah yang sama. Bukankah beliau sebelum ini pernah berkata bahawa Sabah masih selamat dilawati dan kes culik dan bunuh di Pulau Pom Pom adalah kes terpencil? Jika Sabah selamat dilawati, kenapa masih berlaku kes penculikan yang melibatkan pelancong? Sebagai Ketua Menteri, beliau tidak patut menggunakan istilah "kes terpencil" apabila berhadapan dengan kes-kes yang melibatkan nyawa rakyat dan pelancong asing di negeri ini.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.