Lagi pesawat MAS alami masalah teknikal

Thursday, 3 April 2014

 
SHAH ALAM: Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ke London terpaksa dijadualkan semula pada hari ini kerana mengalami masalah teknikal yang melibatkan pesawat.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata penerbangan MH004 yang dijadual berlepas ke London pada jam 10.10 pagi telah ditunda atas sebab-sebab keselamatan.

"Oleh kerana keselamatan penumpang adalah keutamaan kepada syarikat penerbangan ini, penjadualan semula masa adalah perlu untuk memudahkan kerja-kerja membetulkan pesawat," kata kenyataan itu.

Penerbangan itu dijadualkan semula pada pukul 2.15 petang hari yang sama.

Sejak kehilangan MH370, terdapat beberapa siri kemalangan yang melibatkan pesawat termasuk kebakaran enjin dalam penerbangan Malindo, penerbangan MAS melanggar sekumpulan itik di Kathmandu dan penerbangan MAS ke Korea Selatan telah dialihkan ke Hong Kong selepas kegagalan generator pesawat.

Antarapos

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.