Jawatan Ketua Menteri perlu dipegang oleh orang Islam?

Wednesday 2 April 2014

KUCHING: PAS mahu Ketua Menteri terus diterajui oleh seorang Muslim yang berwibawa, amanah, jujur dan adil untuk semua tanpa mengira keturunan dan warna kulit.

Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri, Haji Adam Ahid berkata jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah Sarawak kelak, beliau ingin jawatan Ketua Menteri mesti dipegang oleh orang Islam.

“Kita lebih mengutamakan pilihan seorang Muslim tidak kira dari bangsa mana pun untuk menjawat jawatan Ketua Menteri,” tegas beliau.

Beliau menambah PAS merupakan sebuah parti Islam yang menjunjung tinggi Al-Quran dan Al-Sunnah.

“Ia bukan sahaja boleh mentadbir dan saksama malah amanah dalam menguruskan pebendaharaan negara serta menolak unsur-unsur rasuh, penyalahgunaan kuasa dan menindas rakyat,

“Islam juga mengajar umatnya supaya memilih dan melantik seorang pemimpin yang adil untuk semua,

“Ini adalah satu tanggungjawab yang tidak dapat disangkal lagi buat setiap insan yang mengucapkan dua kalimah syahadah kerana pemimpin merupakan khalifah Allah yang memimpin umat diatas muka bumi ini,” lanjut beliau.

Adam juga menambah Islam sesuai untuk semua bangsa.

“Ini bukan bermakna Islam memaksa penganut agama Islam,

“Hak kebebasan beragama tetap terpelihara dan Islam menjamin penganutnya dan yang bukan Muslim supaya sentiasa hidup dalam keadaan aman damai dan harmoni selalu,

“Jadi tiada alasan untuk mereka yang anti-Islam untuk menakutkan penganut agama lain supaya takut dan dibenci dengan Islam.” katanya. - FMT Borneo Plus 

Ulasan:

Jawatan Ketua Menteri perlu dipegang oleh mereka yang layak dari segi kepimpinan, kebijaksanaan dan kesungguhan dalam memajukan sesebuah negeri/negara. Adakah hanya Islam sahaja yang boleh mentadbir dengan saksama serta amanah dalam menguruskan pebendaharaan negara? Adakah hanya Islam sahaja yang menolak unsur-unsur rasuah, penyalahgunaan kuasa dan menindas rakyat?

Jangan remehkan bangsa dan agama lain kerana bakat mereka dalam mentadbir sesebuah negeri/negara belum diperlihatkan sepenuhnya. Agama lain juga mengajar umatnya menolak rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya. Jadi apa salahnya jika ketua menteri dipilih dari bangsa dan agama lain?.. Berdasarkan kenyataan Haji Adam diatas, saya simpulkan bahawa beliau terlalu memandang serong dengan bangsa lain yang bukan beragama Islam.
 
Apa makna adil bagi Haji Adam jika agama menjadi kriteria penting dalam menentukan kelayakan seseorang untuk memegang jawatan Ketua Menteri?

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.