Sabah boleh dikatakan sebuah negeri termiskin dengan pendapatan yang kurang tetapi kos hidup disini jauh lebih tinggi dan harga rumah juga mahal dari harga sepatutnya.
Dengan pelaksanaan GST, rakyat Sabah akan membayar cukai yang lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia di lain-lain negeri. Dasar GST hanya akan meminggirkan dan mendiskriminasikan rakyat Sabah.
Kerajaan Persekutuan BN sepatutnya perlu mempertimbangkan dengan serius dan sewajarnya kesan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmtan (GST) terhadap generasi muda.
Dengan perlaksanaan GST, nampaknya kerajaan BN sekali lagi terlepas pandang terhadap kesusahan dan beban yang ditanggung rakyat terbanyak terutamanya generasi muda.
Jika GST dikenakan terhadap rumah kediaman, tanah dan kereta, generasi muda nampaknya boleh melupakan hasrat mereka untuk memiliki aset-aset tersebut selepas April 2015.
Harga aset tersebut akan melambung dan menyukarkan lagi keadaan disamping nisbah kenaikan gaji yang tidak berbaloi.
Berikut adalah kesan berantai GST terhadap rumah kediaman:
1) Bahan mentah yang diperolehi dari pengimport, pelabuhan dan khidmat penghantaran akan dikenakan cukai.
2) Pihak pembekal yang menjual barangan yang diproses kepada pemaju akan dikenakan cukai.
3) Kos pengangkutan penghantaran barangan ini juga akan dikenakan cukai.
4) Tanah yang dibeli oleh pemaju juga akan dikenakan cukai.
5) Pemaju yang terpaksa menggunakan kesemua material yang dicukai untuk pembinaan rumah di atas tanah (yang juga dicukai), akan menjual rumah yang sekali lagi akan dicukai.
Akhirnya, pihak-pihak yang terbabit tidak akan mendapat keuntungan dan wajar DAN IANYA AKAN DIBEBANKAN KE ATAS PEMBELI. Pembeli rumah di negara ini merupakan rakyat Malaysia yang sudah pun mengalami kesukaran untuk memiliki rumah kediaman sendiri dan keadaan akan lebih mendesak apabila GST dilaksanakan.
Hal ini tidak lagi termasuk beban yang sememangnya ditanggung selama ini seperti bil telefon, elektrik, internet, perbelanjaan keperluan rumah dan sebagainya. Bagaimana golongan muda negara ini mampu untuk mendepani nasib mereka sekurang-kurangnya untuk memiliki rumah kediaman sendiri pada 2015 kelak? - Junz Wong

0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.