Bengkel DART mendidik pengundi luar bandar

Wednesday, 9 April 2014

Penduduk di luar bandar dan perdalaman kurang peka dan faham akan peraturan dan undang-undang pilihan raya dan ini menyebabkan mereka senang dipengaruhi oleh sesetengah individu dalam mendapatkan undi dengan taktik menakutkan mereka.

umno/BN, perompak, Najib Razak, Musa Aman, Sabah

KOTA KINABALU: Permilihan bekas wakil Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM), Jannie Lasimbang sebagai ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Sabah dilihat membawa perjuangan mencapai pilihanraya yang bersih dan adil ke bahagian luar bandar dan kawasan perdalaman.

Jannie yang terpilih sebagai jawatankuasa pemandu bagi kawasan Sabah tanpa bertanding, dicalonkan oleh (PACOS -Partners of. Community Organisations in Sabah) atau Pertubuhan Rakan Komuniti Sabah yang merupakan satu daripada tiga badan bukan kerajaan yang menyertai pakatan BERSIH dari Sabah.

Dua badan bukan kerajaan yang lain adalah, Yayasan Warisan Sabah (BHF – Borneo Heritage Foundation) dan Kumpulan Faedah Bersama Malaysia (CIGMA – Common Interest Group Malaysia)

Beliau ketika ditemui berkata, melihat penduduk di luar bandar dan perdalaman kurang peka dan faham akan peraturan dan undang-undang pilihan raya dan ini menyebabkan mereka senang dipengaruhi oleh sesetengah individu dalam mendapatkan undi dengan taktik menakutkan mereka.

Oleh itu, Jannie yang juga pengarah Sekretariat bagi Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JAOS) berpendapat adalah penting untuk membawa pengetahuan ini kepada penduduk Sabah terutamanya yang tinggal di luar bandar dan pedalaman supaya mereka tidak mudah terperdaya dan tertipu dengan ugutan segolongan pihak untuk menarik balik kebaikan sekiranya tidak memilih mereka.

Penganjuran bengkel persempadanan semula oleh Pasukan Tindakan dan Kajian Persempadanan (DART – Delineation Action and Research Team) dilihat sebagai satu usaha untuk membawa pendidikan pilihanraya kepada penduduk Malaysia terutamanya di Sabah, menurutnya.

Menurut Jannie, bengkel persempadanan di Sabah akan berlangsung pada 11 – 13 April, bermula di Kota Kinabalu, Dewan Tun Fuad di Penampang pada April 11 (Jumaat, 1petang – 5 petang) kemudian berlangsung di Heritage Hotel, di Tawau pada 12 April (Sabtu, 9 pagi – 1 petang) dan berakhir di Borneo Cove, Sandakan pada 13 April (Ahad, 10 pagi – 4 petang).

Oleh itu, beliau berharap ramai penduduk dari Sabah akan dapat menyertai bengkel ini yang dan belajar akan cara persempadanan dilakukan dan cara untuk membuat bantahan dan memastikan persempadanan semula akan berlaku mengikut lunas peraturan yang ditentukan oleh undang-undang.

Bengkel persempadanan DART yang bermula pada Februari 22 di Johor dianjurkan oleh BERSIH 2.0 atas kebimbangan akan berlakunya ketidak adilan dalam proses persempadanan yang dikatakan akan bermula pada tahun ini.

Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Abdul Aziz Yusof pada awal tahun Januari, dilaporkan mengumumkan permulaan kerja persempadanan semula pada tahun ini dan hasil kertas kerja tersebut akan dibawa ke Parliment untuk bacaan pada tahun 2015.

Menurut beliau, kerja persempadanan yang dilakukan oleh SPR akan mengambil memakan masa 2 tahun selepas ia diluluskan di parliment dan hasil kajian tersebut akan dilaporkan di sidang parliment untuk diluluskan lagi.

Proses persempadanan yang terakhir dilakukan pada Mac 2003, iaitu sebelas (11) tahun yang lalu di mana sebelumnya bermula pada tahun 1958, 1974, 1984, 1994 dan 2003 berlaku dalam lingkungan 10 tahun kecuali sepanjang tahun 1958 – 1974 yang melihat lingkungan 16 tahun dan 1994 – 2003, 9 tahun.

Proses persempadanan seharusnya dilaksanakan pada tahun 2011 tetapi ditunda sehingga selepas pilihan raya umum ke 13 yang berlangsung pada Februari 17, 2013.

Menurut, Perlembagaan Persekutuan 113 (2) (ii), yang memperuntukan persempadanan semula dilakukan dalam lingkungan tidak kurang dari 8 tahun, dikira dari persempadanan yang terakhir dijalankan.

Dalam Jadual 13(5), dalam perlembagaan persekutuan memperuntukan pihak kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan sekumpulan pengundi tidak kurang 100 orang, membuat bantahan dan syor ketika persempadanan dilakukan.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.