Bahagian 2: Di mana kita patut risau dengan GST

Tuesday, 8 April 2014

Faktanya ialah kerajaan BN amat boros dan duit sudah habis. Dengan alasan mahu mencekup mereka yang lari dari membayar cukai dan menghukum mereka yang melakukan pemalsuan laporan “income returns”, GST dilaksanakan.

GST, Najib, Boros, Barisan Nasional

Merujuk kepada 160 buah negara lain hanya satu alasan untuk menjustifikasikan perlaksanaan GST. Ini bukan sebab yang sebenar mengapa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang hanya mendapat 47% dari undi pengundi yang benar-benar keluar, mahu melaksanakan GST.

Mereka mahu laksanakan GST sebab mahukan lebih wang untuk mendanai keborosan mereka. Sekali lagi saya ulang, budaya belanja berhemah tidak ada dalam kamus pemimpin BN.

Faktanya ialah kerajaan BN amat boros dan duit sudah habis. Dengan alasan mahu mencekup mereka yang lari dari membayar cukai dan menghukum mereka yang melakukan pemalsuan laporan “income returns”, GST dilaksanakan.

Kerajaan tahu siapa yang lari bayar cukai atau buat silap mata, kenapa tidak tangkap mereka? Kerajaan tahu banyak syarikat besar dan syarikat milik orang istimewa tidak bayar hutang seperti hutang bil letrik yang berjuta ringgit, tapi tak kutip hutang ini.

Kerajaan akan kata GST akan menutup ketirisan dalam pengutipan cukai. Mereka akan juga berkata GST akan menyebabkan lebih ketelusan dalam urusniaga bila semua peniaga dalam rantaian bekalan akan “file in claim” untuk mendapatkan rebat GST yang dikutip.

GST akan menghasilkan semua objektif ini. Saya akan menyatakan di sini bahawa lambat laun, GST pasti dilaksanakan. Saya ulang sekali lagi agar mudah difaham – lambat laun GST akan dilaksanakan.

Kita setuju GST dilaksanakan tapi “timing”nya belum lagi. Jika dilaksanakan juga, yang akan merasai teruk ialah golongan yang berpendapatan rendah yang akan membayar harga barang yang lebih tinggi dan yang akan menggunakan bahagian yang lebih besar dari pendapatan mereka untuk GST.

Untuk Malaysia masa itu belum sampai kerana pendapatan per kapita kita tidak tinggi. jurang antara kaya dengan miskin tinggi; pekali GINI kita ialah 0.43 (2012) dan di kalangan orang Melayu (0.421).

Kerajaan BN berhutang dengan banyak seperti yang saya sebut diatas. Hutang sektor awam dari sudut peratusan GDP sudah hampir 55%. Itu yang rasmi. Jika kita campur pula tanggungan hutang yang kerajaan gerenti melalui SPVs yang mereka wujudkan untuk meminjam wang, maka sudah pasti hutang sektor awam menjangkau 55%.

Ini semua mereka tidak peduli selagi mereka dapat wang dalam tangan mereka. Sebab itu saya nyatakan, wang yang banyak bahaya atau tidak, bergantung kepada kualiti kerajaan dan kualiti pengurusan keatas kumpulan wang yang ada.

Sebuah kerajaan yang korup seperti BN dan fakta mengenai ketirisan ini semua ada dilaporkan oleh ketua audit negara, maka duit dalam perbendaharaan kita tidak selamat. Lagi banyak wang ada dalam tangan, lagilah rancak rompakan yang akan dilakukan.

Kerajaan BN tidak ada cara lain selain dari melaksanakan GST. Jika tidak BN akan bankrap. Kadar faedah dalam pasaran ekuiti dan bond makin baik di negara seperti Amerika Syarikat.

Maka pengurus dana akan memindah wang yang ada dalam negara Malaysia ke Amerika. Dengan pengukuhan kadar pulangan dalam pasaran bond dan ekuiti di Amerika, pasaran di Malaysia mesti menaikkan kadar pulangan ke atas pelaburan di Malaysia.

Ini akan menyebabkan kos untuk meminjam oleh kerajaan akan meningkat. Kerajaan tidak tertanggung kos bayaran pinjaman yang sedia ada yang mencecah RM20 bilion setahun. Pengurusan kewangan yang lemah menyebabkan rating kredit kita menurun. Fitch menurunkan rating kreditnya ke atas Malaysia menyebabkan kebolehan meminjam Malaysia menjadi susah.

Walaupun Moody’s membaiki rating Malaysia tapi masih memberi amaran bahawa rating ini bila-bila akan berubah mengikut iklim pengurusan kewangan Malaysia yang rakus. Rating ini semua tidak memberi keyakinan kepada peminjam terhadap Malaysia.

Jadi apa Malaysia buat?

Malaysia boleh kurangkan subsidi dan ini akan membangkitkan kemarahan rakyat. Malaysia boleh mengurangkan bajet pembangunan tapi ini akan mengurangkan kapasiti negara yang mahukan ekonomi berkembang.

Malaysia boleh kurangkan ketirisan tapi nampak macam tak terdaya. Wang haram dan rasuah terus meningkat. Malaysia boleh mengurangkan belanja mengurus tapi kerajaan tidak mahu berkonfrontasi dengan 1.2 juta penjawat awam. Gaji mesti naik.

Kerajaan boleh membaiki cara pembelian barangan dan perkhidmatan. Tender terbuka adalah istilah yang sangat kerajaan takuti dan Tun Daim Zainuddin pernah beritahu tender terbuka memakan masa dan kompleks.

Jadi, kita tahu kerajaan tetap lakukan “procurements” cara lama. Iaitu tender tertutup atau “direct negotiation”.

Apa dia boleh buat?

Jawapannya GST. Memang benar GST dari sudut perakaunan adalah cara pantas dan cekap untuk mendapatkan cukai dari setiap jenis pengguna input dan penjual output.

Beza antara cukai input dan cukai output ialah GST yang dikutip oleh kerajaan. Dalam ekonomi GST yang mudah, ada empat jenis pengguna input – pengilang atau pengeluar, pemborong, peruncit dan akhir sekali pengguna isi rumah.

Pada setiap peringkat atau rantaian bekalan ini, kerajaan akan mengenakan cukai GST. Dari sudut teori tidak ada orang dapat lari. Yang sebetulnya yang tidak dapat lari ialah pengguna akhir – isi rumah. Yang lain masih boleh terus lari bahkan “claim” ke atas kerajaan.

Dalam keadaan di mana barangan di “zero-rated” atau tidak dikenakan GST, tidak ada kaedah untuk menyekat pengguna input terakhir dalam rantaian tersebut iaitu si peruncit daripada memasukkan cukai GST dalam harga jualannya. dia “recover” kos dia dan “claim” daripada kerajaan lagi.

Sebab itu kita kata GST ini tidak berhati perut, dia tidak kira siapa pengguna imput sama ada berpendapatan tinggi atau rendah. GST akan mencederakan rakyat yang berpendapatan rendah yang majoritinya Melayu.

* Penulis atau nama sebenarnya Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz ialah Ahli Parlimen Raub

Malaysian Insider

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.