Oleh: Mail Mathew
KENINGAU: Usaha dan inisiatif Adun Kiulu Datuk Joniston Bangkuai mencadangkan kempen “Boikot PATI” meskipun ianya sudah terlambat kerana kehadiran PATI dinegeri ini ibarat pokok sudah berakar malah sudah terlalu banyak kerosakan yang diakibatkannya namun cadangan itu perlu diterima dan dilaksanakan dengan sewajarnya.
Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Keningau Risham Ismail (gambar), berkata demikian pada Jumaat sebagai mengulas cadangan Adun Kiulu Datuk Joniston semasa persidangan DUN Sabah baru baru ini berhubung kempen memboikot PATI.
“ Kita tidak terfikir untuk menentang cadangan yang datang daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) jika cadangan itu baik semata mata untuk menangani masalah kebanjiran PTI diSabah...(kita) tiada masalah untuk menyokongnya.
“ Bagaimana pun, kita mahu melihat bahawa pelaksanaan itu harus disambut oleh semua pihak tidak kira dipihak pembangkang atau penyokong kerajaan, haruslah senada dan sekata dalam perkara ini untuk melaksanakan pemboikotan itu...(jika tidak) ia hanya menjadi sia sia sahaja.
“ Sebenarnya, apa sahaja usaha yang baik untuk menangani masalah kebanjiran PTI kita akan terima dengan hati terbuka...(dan) inilah sebahagian daripada aspirasi Pakatan Rakyat (PR) untuk memenangi pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) kerana kita tidak tahan lagi menanggung penderitaan ini,” tegas Risham.
Selain itu, Risham berkata, Umno yang banyak memainkan peranan dalam penglibatan PTI ke kancah politik diSabah sejak tahun 1990an dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada ketika itu, tidak mungkin boleh menerima cadangan Bangkuai itu kerana merasakan bahawa PTI telah banyak berjasa kepada mereka.
Bagaimana pun, jika sekiranya Umno benar benar berjuang dengan seikhlas hati untuk memertabatkan bangsa dan kedaulatan negara ini untuk mencapai sebuah negara makmur dan disegani, mereka tidak ada sebab untuk terus menyimpulkan ikatan kukuh dengan mereka (PTI) lagi.
“ Sudah, dan sudahlah kerana sudah sampai masanya untuk kita membersihkan negeri ini daripada dipenuhi oleh PTI...kerana mereka juga mempunyai negara tanah air mereka sendiri,” tegas beliau.
Borneo Herald
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.