“Apabila mereka keluar wad dan tiada duit untuk bayar kos rawatan, kita tidak dapat berbuat apa-apa,” |
Kerajaan berhadapan dengan tanggungan kos perubatan yang tinggi berikutan ramai pendatang tanpa izin (PTI) yang mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan di negara ini tidak mampu membayar kos perubatan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Himli Yahya berkata kerajaan tidak dapat mengambil sebarang tindakan sekiranya golongan PTI yang datang mendapatkan rawatan di hospital atau klinik kerajaan tidak mampu membayar kos rawatan.
“Bila orang datang untuk dapatkan rawatan kesihatan terutama dalam kes kecemasan, mahu tidak mahu kita terpaksa memberi rawatan kepada mereka.
“Apabila mereka keluar wad dan tiada duit untuk bayar kos rawatan, kita tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya kepada pemberita selepas mewakili Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam merasmikan Kolokium Kesihatan Awam Sabah ke-8 dan Persidangan Kesihatan Awam Serantau 2013, di sini kelmarin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah yang boleh diambil oleh Kementerian Kesihatan bagi membendung PTI terutama yang berada di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang akhirnya menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi.
Katanya memandangkan kerajaan tidak boleh menghalang PTI mendapatkan rawatan kesihatan, maka kemasukan PTI ke negara ini harus dikawal secara serius.
“Apabila PTI datang ke negara ini, mereka harus jalani saringan kesihatan melalui Fomema dan pada kebiasaannya, sebagai contoh daripada 30,000 PTI yang memasuki negara ini, hanya satu pertiga daripada mereka lulus saringan kesihatan dan selebihnya dihantar pulang.
“Tetapi kita tidak pasti sama ada mereka ini dihantar pulang atau tidak. Mereka yang dihantar pulang ini biasanya berpenyakit berjangkit seperti tibi, malaria mahupun hepatitis.
“Oleh itu, kita berharap agar pihak keselamatan dapat memastikan mereka yang tidak lulus saringan kesihatan ini dihantar pulang dan keluar dari negara ini.
“Kita mengharapkan agar pihak keselamatan dapat memastikan mereka ini keluar dari Malaysia kerana kita tidak mahu mereka yang menghidap penyakit berjangkit berada di negara ini dan menyebabkan jangkitan kepada kita,” katanya.
Dr Hilmi berkata walaupun rawatan pesakit luar untuk PTI dikenakan pada harga RM15 seorang sebagai langkah menghalang mereka mendapatkan perkhidmatan kesihatan, tetapi jika mereka sudah datang mendapatkan rawatan dan tidak mampu bayar, kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa untuk mendapatkan bayaran itu.
Kemudian ketika ditanya jika Kementerian Kesihatan ada bekerjasama dengan pihak keselamatan untuk memastikan PTI yang tidak lulus saringan kesihatan itu dihantar pulang, beliau berkata kementerian hanya bertanggungjawab untuk menjalankan saringan kesihatan.
“Agensi berkaitan harus memastikan mereka (PTI) ini keluar kerana kita hanya jalankan saringan kesihatan dan agensi lain yang kena pastikan mereka ini keluar dari Malaysia.
“Sebenarnya, ada satu jawatankuasa di peringkat Kerajaan Perkekutuan yang menjalankan proses penghantaran pulang ini.
“Namun apa yang penting adalah agensi berkaitan dapat menjalankan tugas dengan sempurna untuk hantar mereka ini pulang,“ katanya.
Ketika diminta mengulas mengenai usaha kerajaan membendung peningkatan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), Dr Hilmi berkata kerajaan beri fokus untuk mengadakan kempen kesedaran agar orang ramai menjalani cara hidup sihat.
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2011 mendedahkan seramai 2.6 juta orang dewasa di Malaysia menghidapi penyakit kencing manis, maka kempen kesedaran ini penting untuk memastikan jumlah pesakit yang menghidap NCD akan berkurang.
Melihat jumlah itu yang berada pada tahap amaran, kementerian menggalakkan agar warga Malaysia yang berumur 30 tahun dan ke atas menjalani saringan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali.
Mengenai kolokium itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Christina Rundi berkata ia merupakan platform terbaik bagi profesional dalam bidang kesihatan mengemukakan kajian yang telah dibuat untuk dikongsi bersama dengan negara serantau.
Katanya tahun ini merupakan kali pertama kolokium itu dibuka untuk negara serantau dan ia melibatkan penyertaan seramai 360 orang dari Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Filipina dan Thailand serta seorang peserta dari Libya.

Extracted from TheBorneoPost by Kinabalu Today
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.