Keluarkan UMNO dari Sabah dan singkirkan Musa Aman

Wednesday, 16 July 2014

Kerana UMNO dan Musa Aman; Sabah kini berstatus "negeri" termiskin, tidak selamat, kos sara hidup tertinggi di Malaysia, dibanjiri warga asing, projek IC, kekayaan dirampas Malaya, sejarah dimusnahkan, masalah pengangguran, dan sebagainya... Semua penderitaan yang ditanggung oleh rakyat negara Sabah ini hanya semata-mata untuk memuaskan nafsu dan kepentingan politik UMNO serta kepentingan negeri-negeri di Malaya..

Belajarlah dari kesilapan lalu agar masa depan kita selamat. Perkara seperti ini dapat dilihat daripada kenyataan orang terpenting UMNO/Malaya pada satu ketika dahulu dimana beliau yakni Tunku Abdul Rahman menggesa orang-orang Melayu untuk hapuskan Umno itu sendiri. Beliau berkata demikian kerana telah melihat hala tuju umno sebenar dan sangat pasti apa yang akan berlaku suatu hari nanti. Buktinya adalah SEKARANG dan KITA, ini adalah hasil perbuatan umno yang tidak adil dan hanya mementingkan kroni-kroni mereka. Kepentingan rakyat bukanlah perjuangan mereka sebaliknya kepentingan dan kekayaan pemimpin-pemimpin termasuk talibarut mereka adalah keutamaan. 

1. Di Sabah sahaja, umno telah berjaya dengan baiknya menghapuskan kuasa orang asal dengan pemberian document pengenalan warganegara. 

2. Umno berjaya menjadikan Sabah sebagai sarang penjenayah dan menjadikan Sabah sebagai target militan sulu.

3. Umno berjaya menjadikan Sabah yang termeskin didalam persekutan Malaysia.

4. Umno berjaya menipu dan memanipulasikan sejarah sebenar pembentukan "Malaysia.

5. Umno berjaya merompak dan mengaut hampir semua hasil bumi Sabah.

6. Umno berjaya menjadikan kita bangsa di Sabah sebagai lain-lain.

7. Umno berjaya dengan ketuanan Melayu mereka

Satu saja UMNO tidak berjaya adalah menjadikan SAYA bodoh selamanya.. Oleh sebab itulah kita perlukan "SAYA" lebih ramai di Sabah dan bersatu untuk menghalau umno dari Sabah dan menggulingkan talibarut mereka iaitu Musa Aman. - Remove Musa Remove UMNO Sabah

Sabah Sarawak Want Their Rights Back [Petition Background / Sign Petition]

1 comments:

  1. Tiada kebenaran, bercanggah dengan fakta. Tahun 1979 kemiskinan Sabah 41 peratus, Umno belum masuk. Tahun 1986-1994 kemiskinan sabah 28 peratus, Umno belum jadi kerajaan. Sekarang kemiskian Sabah hanya 8 peratus. Kalau nak buat propaganda, jangan macam burung unta, sembunyi kepala tapi badan jelas kelihatan.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.