Kebenaran yang harus dipikul oleh semua Generasi Muda Sabah

Friday, 11 July 2014

Dimanakah pendirian anda?

Satu perkongsian yang sangat mengharukan namun inilah hakikat dan kebenaran yang harus dipikul oleh semua Generasi Muda Negara Sabah. Keadaan Negara Sarawak tidak seteruk dengan keadaan di Negara Sarawak kerana kini, Negara Sarawak sedang dipimpin oleh seorang yang berkaliber dan bertanggungjawab pada pandangan admin.

Tetapi keadaan dan perhatian perlu diberikan lebih serius kepada Negara Sabah. Kata-kata ini memberikan seribu satu makna dan persoalan yang harus dijawab sendiri oleh setiap anak muda yang sedang belajar mahupun yang sudah bekerja.

Apakah kita perlu membutakan mata, memekakkan telinga, membisukan suara dan menutup hati terhadap penindasan demi penindasan yang sedang berlaku di Negara yang Merdeka dan Berdaulat ini? Adakah kita merelakan orang luar untuk mempermainkan masa depan serta memperjudikan nyawa kita terhadap permainan politik yang hanya mementingkan diri mereka?

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.