Ideologi SSKM ialah mahu sabah sarawak berupaya memerintah sendiri ataupun mempunyai kuasa autonomi penuh. Jika mahu mencapai hasrat itu, satu perkara penting yang mesti orang borneo ketahui, kita patut menolak kesemua parti daripada malaya..
Dua kalimah keramat itu seringkali dilaungkan senada dengan kebangkitan rakyat sabah sarawak. Kita telah bangun dari lena yang panjang. Kita juga telah mula menolak "gula-gula" yang dihulur oleh pemerintah. Kita senada,sehati,sejiwa dan bergerak sama tingkah untuk menolak pemerintahan Barisan Nasional. Barisan Nasional sudah terlalu lama memerintah negara dan selama pentadbiran mereka, BN sentiasa memperbodohkan masyarakat sabah sarawak. Bahkan pemimpin negeri sabah sarawak cuma berperanan sebagai boneka dan bersikap pengecut.
Justeru itu, SSKM yang diketuai oleh saudari Doris Jones berperanan penting sebagai satu batu loncatan untuk mengemblengkan seluruh tenaga dan buah fikir bijak pandai sabah sarawak, bagi menyokong gerakan pembebasan borneo. Malahan saudari Doris Jones sendiri bergadai tenaga untuk membawa isu ini ke House of Lords, Westminster Parliament di London, UK. Ini adalah bukti yang teramat jelas dan sebagai satu WARNING kepada kerajaan malaysia, bahawa rakyat sabah sarawak mahukan kebebasan untuk memerintah tanah air sendiri.
Sekian lama, sejarah sabah sarawak terpadam dari tinta sejarah negara. Malahan, banyak perkara tersembunyi telah dilakukan oleh pemimpin BN terdahulu sehingga kini untuk mengawal tindak tanduk masyarakat sabah sarawak. Bahkan, mereka mencabuli perkara 18/20 sewenang-wenangnya tanpa memikirkan hati dan perasaan penduduk borneo. Dari segi agama, mereka banyak kali mempersoalkan cara anutan kristian seperti isu penyebaran agama kristian dan isu kalimah Allah, di mana sabah sarawak sentiasa menerima tempias isu-isu tersebut. Padahal, isu isu agama di malaya sepatutnya tidak membabitkan tanah borneo selari dengan perkara 18/20 yang telah lama termetrai.
Begitu juga dengan perkara 8, Borneonisation, di mana pada masa sekarang, sepatutnya penjawat awam di sabah sarawak diketuai oleh orang orang tempatan dan bukan pegawai dari malaya. Malangnya pada sesi soal jawab parliament baru baru ini, masih terdapat lebih 30 peratus penjawat awam negeri sabah sarawak masih lagi dikuasai oleh orang dari malaya. Malahan usul untuk mengkaji perjanjian malaysia oleh MP Penampang, Darell Leiking telah ditolak mentah mentah seolah-olah tiada ruang dan peluang untuk suara kita berkumandang di parliament malaysia.
Sebab itulah, mengapa rakyat sabah sarawak sudah reti untuk menzahirkan rasa benci dan dendam terhadap seluruh pimpinan BN. Rakyat mula berdiskusi dan bersatu menolak regim BN dan sekutu-sekutu mereka.Jika kita menolak BN, jadi parti apakah yang kita akan undi selepas itu? Senang sahaja bagi yang masih kurang faham tentang erti sebenar perjuangan SSKM, undi mereka akan beralih kepada Pakatan Rakyat. PR baru-baru ini sudah mula memancing hati penduduk borneo. DAP, PKR dan juga PAS sudah mula menawarkan "bantuan" untuk mengembalikan hak hak borneo termasuklah royalti minyak.
Jika ada yang tertipu, maka golongan inilah diantara "pengkhianat" perjuangan SSKM yang terkeliru. Ideologi SSKM ialah mahu sabah sarawak berupaya memerintah sendiri ataupun mempunyai kuasa autonomi penuh. Jika mahu mencapai hasrat itu, satu perkara penting yang mesti orang borneo ketahui, kita patut menolak kesemua parti daripada malaya. Jika tidak, kita boleh diumpamakan seperti keluar dari mulut harimau, masuk pula ke dalam mulut buaya dan perjuangan SSKM adalah sia-sia. Biarpun, kita belum pernah diperintah PR, tiada sebab untuk kita membazir masa semata-mata mahu mencuba nasib.
Buat masa ini, lagi bijak jika penduduk borneo cuma memangkah parti yang memperjuangkan hak hak orang sabah sarawak ataupun mana-mana parti yang tidak dipengaruhi oleh ideologi parti daripada malaya. Sebagai contoh, bolehkah kita memangkah undi untuk pemimpin BN yang menyuarakan sokongan terhadap perjuangan SSKM? Jawapannya, tidak boleh. Jika kita masih memberi undi kepada mereka, kita seperti masih mahukan BN menang dan memerintah. Jika benar mereka mahu berjuang bersama kita, mengapa mereka tidak keluar dari parti BN yang tidak menghormati ketertinggian nilai perkara 18/20?
Bagaimana pula dengan mengundi PR? Pendapat peribadi saya mengatakan, dengan beri undi kepada PR kita seolah-olah mencipta sebuah jalan yang samar samar. Secara rasionalnya, PR tidak akan membantu kita untuk menjadikan sabah sarawak sebagai sebuah negara. Mereka cuma boleh membantu kita dari segi royalti minyak. Buat apa mereka mahu membantu kita, jika satu hari nanti jika mereka memerintah, mereka akan kehilangan besar sumber kewangan yang selama ini kita sumbangkan dari tanah borneo.Jadi, kita patut memberi undi kepada Parti Bebas jika tiada pilihan lain.The United Borneo Front adalah antara parti tempatan yang patut diberi peluang. Buat masa sekarang, ideologi mereka masih lagi senada dengan misi SSKM dan memberi peluang kepada parti tempatan, kita boleh "membeli" masa untuk SSKM mengumpul petition yang cukup sebelum SSKM membawa misi mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Sabah Sarawak Keluar Malaysia - Sabah Sarawak Union
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.