kanak-kanak tersebut dipercayai ditinggalkan seorang diri di rumah yang dikunci, cuba menyelamatkan diri dengan memecahkan dinding papan lapis, namun tidak berjaya.
KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak perempuan lima tahun rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Papar dekat sini pagi Selasa.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K.Ramin berkata dalam kejadian 8.33 pagi itu, mayat kanak-kanak terbabit ditemui di sebuah daripada tujuh rumah yang terbakar di Ladang Ayam Desa Hatchery, Jalan Bongawan-Kampung Damit, Papar.
Katanya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Papar tiba di tempat kejadian 25 minit selepas menerima panggilan.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Dunstan Peter berkata kanak-kanak tersebut dipercayai ditinggalkan seorang diri di rumah yang dikunci bapanya, ketika keluar bekerja di ladang itu.
Menurutnya, kanak-kanak terbabit cuba menyelamatkan diri dengan memecahkan dinding papan lapis, namun tidak berjaya.
Mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di sini untuk bedah siasat.
No comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.