Jika keadaan kemarau terus berpanjangan, dalam beberapa bulan sahaja lagi, sungai yang menjadi sumber air penduduk kampung akan kering kontang..
TENOM: Pengurusan Jabatan Bekalan Air di sini menjelaskan bahawa jabatan itu terlebih dahulu membuat bayaran penyambungan bekalan elektrik kepada Sabah Electricity Sendirian Berhad (SESB) oleh kerajaan sebelum ‘booster pump’ beroperasi untuk mengepam bekalan air ke kawasan baru.
Meskipun kerja kerja pemasangan paip termasuk penyambungan ke rumah rumah telah siap sepenuhnya namun ia terpaksa menunggu sehingga bayaran kepada SESB telah selesai dilunaskan untuk ‘booster pump’ disesuatu kawasan baru.
“Inilah rintangan yang kami alami…dan ianya juga sebagai punca kepada kelewatan menyalurkan bekalan air bersih ke kawasan luar banda terutamanya kawasan baru,” kata Juruteranya Eugene Leong pada Jumaat ketika diminta mengulas rungutan pengguna yang belum mendapat bekalan air walaupun saluran paip telah siap dipasangkan beberapa bulan lalu.
Menurutnya, mereka (JBA) telah pun membuat susulan berhubung perkara tersebut kepada kerajaan melalui atasan jabatan itu supaya ianya dapat dipercepatkan memandangkan keperluan rakyat khususnya di kawasan luar bandar amat mendesak.
Kenyataan Leong dibuat ekoran desakan daripada penduduk kampung terutamanya di kawasan luar bandar yang menggesa jabatan itu mengambil tindakan proaktif menangani masalah ketiadaan air semasa musim kemarau yang mendakwa bahawa sungai sungai kecil hampir kering kontang.
Manakala bekas Pengerusi JKKK Kampung Batu Tiningkang Laibit Asik, 53. kesal dan kecewa kerana bekalan air bersih belum pun disalurkan sejak sebelum pilihan raya umum kali ke-13 (PRU13) walaupun batang paip telah siap dipasang sehingga ke rumah rumah mereka.
Menurut Laibit, penduduk Kampung Batu Tiningkang dan Skim Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Lagud Seberang di mana penduduknya dianggarkan kira kira hampir 2, 000 orang kini hanya bergantung kepada bekalan air graviti yang disalurkan dari Sungai Batu Tiningkang yang semakin cetek.
“Jikalau keadaan kemarau terus berpanjangan sehingga bulan September, yang menjadi mangsa kebuluran tiada air adalah kami di sini kerana kami percaya dengan beberapa bulan sahaja lagi sungai yang kami bergantung harap pasti akan mengalami kekeringan apa sudah jadi dengan kami.
“Mana sudah janji kerajaan yang kononnya mendahulukan rakyat, sebaliknya kami seakan akan dipinggirkan…mana janji ditepati untuk membantu rakyat! Kami tidak berniat memperlekehkan kerajaan, tetapi dalam masalah ini kepada siapa kami mengadu tentulah kerajaan, ” tegas Laibit dengan nada kesal.
No comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.