"Dua perkataan untuk mereka yang ragu dengan penemuan bangkai pesawat MH370 di Teluk Bengal – ‘Ujilah Kami!’”
KUALA LUMPUR: Firma geologi, GeoResonance Pty Lt, yang berpangkalan di Adelaide, tidak menerima sebarang reaksi negatif selepas mendakwa menemui bangkai pesawat MH370 di Teluk Bengal, baru-baru ini, lapor The Rakyat Post
"Kami tidak dapat mengagak mengenai kesedaran orang ramai mengenai syarikat kami tapi, apa yang pasti dakwaan kami menyebabkan ramai saintis palsu yang menyamar sebagai komentator media,” kata Pengarah Urusannya, Pavel Kursa.
Katanya GeoResonance merujuk pelanggan mereka dahulu sebelum mendedahkan dakwaan mereka mengenai pesawat MH370 kepada media. Malah, pelanggan-pelanggan mereka menggalakkan mereka untuk memberitahu (mengenai bangkai pesawat) kepada pihak berkuasa.
Pelanggan GeoResonance kebanyakannya di kalangan syarikat melombong yang mencari bahan galian, minyak dan gas yang tersembunyi jauh di dasar laut.
Ditanya sama ada pihak lain yang berminat dengan perkhidmatan syarikat berkenaan sejak dakwaan mereka itu, Pavel memberitahu The Rakyat Post: “Kami hanya menerima tawaran untuk bercakap di beberapa persidangan sains.”
Tambahnya lagi: “Kami sekarang sibuk dengan projek survei.”
Ditanya lagi mengenai dakwaan penemuan bangkai MH370, Pavel berkata: “Ada sesetengah orang cuba menolak teknologi kami sedangkan mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenai syarikat dan perkhidmatan kami.”
Buat masa ini ada laporan mengatakan kapal tentera laut Bangladesh menyiasat dakwaan GeoResonance tetapi Pavel menolak dengan mengatakan: “Kami yakin tentera laut Bangladesh tidak menyiasat mengenai dakwaan penemuan kami.
“Media mengatakan ‘tiga kapal tentera laut Bangladesh mencari di Teluk Bengal. Apa maksud mencari itu?
“Kami telah memberikan lokasi yang tepat. Mungkin terdapat ralat jidar tetapi tidak terlalu besar, mungkin dalam 500 meter persegi! Apa yang perlu hanyalah dengan menghantar sebuah kapal ke kordinasi tepat dan memeriksa menggunakan sonar.
“GeoResonance tetap yakin dengan penemuan di Teluk Bengal dan sekarang kami menimbang untuk memastikan lokasi itu sendiri. Dua perkataan untuk mereka yang ragu (dengan dakwaan) – ‘Ujilah Kami!’”
No comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.