Menu

Wednesday, 7 May 2014

Upko syak suspek kes culik miliki MyKad

Sejak insiden culik yang berlaku di resort Singamata, penulis tetap yakin bahawa insiden itu akan berulang sekalipun pelbagai langkah diambil kerajaan umno/BN.. Ini kerana bapa segala dalang pencerobohan dan penculikan ini adalah kerajaan umno/BN.. Sanggupkah kerajaan membersihkan Sabah dari kebanjiran warga asing dan warga "Projek IC" sedangkan warga-warga inilah yang memberikan kemenangan kepada umno/BN? Pembentangan laporan RCI juga sengaja dilengah-lengahkan untuk mengubahsuai isikandungnya sesuai dengan selera nafsu pengkhianat umno/BN..


Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) mengesyaki individu yang terlibat dalam penculikan memiliki dokumen MyKad yang menyebabkan mereka bebas bergerak di Sabah.

"Jika tidak mengapa pihak berkuasa imigresen terus membenarkan mereka untuk tinggal di penempatan mereka?" kata pemangku presiden Datuk Madius Tangau seperti dilapor portal The Star Online.

Madius mendakwa pendatang asing yang memperolehi MyKad melalui penipuan akan menjejaskan ekonomi tempatan.

Jelasnya, industri pelancongan dan pelaburan asing di negeri tersebut akan terjejas.

Beliau juga mendakwa kes penculikan kini meningkat disebabkan jumlah pendatang asing ke negeri Sabah, lapor The Star Online.

"Kami menggesa pihak berkuasa untuk menangani kes penculikan ini dengan serius.

"Kami juga menggesa kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai imigran asing di Sabah dengan seberapa segera.


Seterusnya, Tangau mendakwa penculik yang melarikan warga China Yang Zailin dari satu pusat ternakan ikan semalam mungkin telah lama berada di Sabah.

"Apa yang membimbangkan adalah lokasi penculikan itu amat terpencil. Bagaimana mereka jumpa tempat itu?

"Adakah mungkin terdapat usaha terancang untuk menjalankan aktiviti penculikan melibatkan warga China dengan objektif untuk menjejaskan hubungan Malaysia dan China?," soalnya,

Tangau mengulas insiden penculikan bersenjata lima lelaki di perairan Sabah yang melarikan lelaki warga China itu dari sebuah pusat ternakan ikan dekat Lahad Datu awal pagi semalam.

No comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.