Sabah tidak selamat kerana kekurangan pasukan keselamatan polis dan juga kebanjiran warga asing yang dinafikan oleh KDN..
KOTA KINABALU: Kemerosotan tahap keselamatan awam sejak kebelakangan ini yang melihatkan beberapa kejadian penculikan terbaru menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat Sabah, menurut bekas persuruhjaya Suhakam Jannie Lasimbang.
“Kebimbangan utama kami termasuk tidak terhalang kemasukan pendatang tanpa izin ke Sabah, tuntutan Sulu terhadap Sabah, pencerobohan dan penculikan di perairan kami yang semakin meningkat, walaupun Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) telah pun diwujudkan”, katanya ketika merayakan acara Hari Ibu di Penampang baru baru ini.
Jannie, yang juga naib pengerusi BERSIH 2.0 bagi kawasan Sabah, menyatakan ketidakpuasan hati terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menurutnya berulang kali menafikan penambahan pendatang tanpa izin ke Sabah disebabkan oleh penguatkuasaan yang lemah dari pihak kerajaan negeri dan pusat.
Hari Ibu yang membawa tema “Suara Kami”, dianjurkan oleh Gabungan Ibu-Ibu (Mothers Collective), mengadakan acara menulis mesej-mesej ke atas belon dan kain rentang putih dan nyanyian bersama-sama sebagai hajat simbolik bagi keadaan Sabah yang lebih selamat.
Selain itu, Jannie juga kesal akan kejadian penculikan berlaku ke atas seorang kanak kanak yang berusia 3 tahun, Low Ming You di bandar Kota Kinabalu pada pagi mei 9 yang lalu kerana kekurangan pegawai keselamatan polis yang bertugas di sekitar bandaraya.
Ganjaran sebanyak RM 20,000 telah ditawarkan kepada sesiapa yang mempunyai maklumat yang mejurus kepada penemuan kanak-kanak tersebut.
“Pekan Tambunan, hanya 6 pegawai polis yang bertugas dan tiada perangkaan dan maklumat akan bilangan pegawai keselamatan yang bertugas pada sesuatu kawasan tertentu,” katanya.
Beliau berharap kerajaan akan meningkatkan peruntukan untuk menambah bilangan pegawai keselamatan polis di kawasan tertentu untuk memastikan keselamatan awam terjamin.
Kebimbangan terhadap keselamatan awam lahir berikutan kejadian penculikan pengurus pusat penternakan ikan Wonderful Terrace Sdn Bhd di Lahad Datu Silam, jam 2.45 pagi pada Mei 6 yang lalu.
Yang Zailin, warganegara China, dilarikan oleh sekumpulan bersenjata dipercayai dibawa ke selatan kepulauan Filipina.
Kurang daripada 24 jam, Mei 4 jam 11 malam,dilaporkan juga kejadian rompakan empat pemancing ikan di perairan Tanjung Labian berdekatan Sungai Bilis di mana dua enjin boat dan satu enjin pam dilarikan oleh empat individu bersenjata.
Pada April 2 yang lalu, pelancong dari China Gao Hua Yuan 29, dan perkerja pusat peranginan Singamata Reef Resort Marcy Darawan 40, dilarikan oleh sekumpulan bersenjata ketika mereka sedang menginap di pusat peranginan tersebut.
Ekoran kejadian penculikan yang terbaru, Ketua Menteri Sabah, Musa Aman telah menguatkuasakan perintah berkurung serta merta di beberapa kawasan perairan di pantai timur Sabah dalam mesyuarat tergempar Jawatankuasa Keselamatan Negeri Sabah (JKNN) yang diadakan pada Mei 6 yang lalu.
“Sesiapa yang ingin memasuki kawasan kawalan tersebut perlu mendapatkan kebenaran dan permit dari pihak polis,” katanya yang selaku pengerusi Esscom.
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.