[GAMBAR] Ukraine Sahkan MH17 Terkena Tembakan

Friday 18 July 2014

Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko mengesahkan bahawa pesawat MH17 terkena tembakan peluru berpandu dan terhempas berhampiran Torez. 


Menurut Bloomberg, Gerashchenko menyatakan ini di Facebook beliau. 

Laporan mendakwa pesawat Malaysia itu, yang membawa 295 orang, jatuh di wilayah ketenteraan di mana tentera kerajaan Ukraine bertempur dengan berjuang pemisah pro-Rusia. 

Sementara itu, agensi berita Interfax melaporkan bahawa pesawat itu terhempas 50km sebelum memasuki ruang udara Rusia. 

Ia "mula menurun, selepas itu didapati terbakar di wilayah Ukraine," laporan itu memetik sumber yang tidak dinamakan sebagai berkata. 

Satu lagi sumber yang tidak dinamakan dari pihak keselamatan Ukraine, dipetik oleh Interfax, sebagai berkata pesawat itu hilang dari radar pada ketinggian 10,000 meter selepas itu ia menurun berhampiran bandar Shakhtyorsk. 

Presiden Ukraine Petro Poroshenko juga menafikan bahawa Tentera Udara Ukraine menembak pesawat tersebut. Puak pemisah bagaimanapun, menafikan ia menembak jatuh pesawat itu dan sebaliknya menyalahkan Kiev, lapor penyiar milik negara Rusia. 

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menulis dalam tweet bahawa tentera Malaysia masih mengesahkan perkara itu. 

MAS berkata MH17 berlepas dari Amsterdam pada jam 12.15 pagi dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi waktu tempatan. 

MAS terputus hubungan dengan pesawat itu pada 1415 GMT ketika berada 30 kilometer dari Tamak, sebuah bandar yang terletak 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine. 

Pesawat itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal. -mk


Bangkai pesawat terbakar, mayat bergelimpangan 

Berpuluh-puluh mayat bertaburan di sekitar bangkai pesawat jet penumpang yang terbakar selepas terhempas di sebuah padang di timur Ukraine pada hari Khamis, kata seorang wartawan Reuters. 

Seorang pekerja menyelamat berkata sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui setakat ini di tempat kejadian, berhampiran kampung Grabovo, dan serpihan bangkai pesawat itu bertaburan di seluruh kawasan sehingga keluasan kira-kira 15 km. 

Serpihan sayap bertanda biru dan merah cat - warna yang sama sebagai lambang syarikat penerbangan Malaysia yang pesawatnya, Boeing 777, hilang dari radar ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa hampir 300 orang. 

"Saya sedang memandu traktor di padang itu apabila saya mendengar bunyi kapal terbang dan kemudian letupan dan tembakan. 

"Lalu saya nampak pesawat itu terhempas dan patah dua. 

"Ada asap hitam tebal," kata seorang saksi, yang memberikan namanya hanya sebagai Vladimir. 

Seorang pejuang pemisah dari Krasnyi Luch yang berdekatan, yang memberikan namanya hanya sebagai Sergei berkata: "Dari balkoni saya saya nampak kapal terbang itu mula menurun dan kemudian terdengar bunyi dua letupan." 

Beliau menafikan pemberontak menembak jatuh pesawat itu. 

"Ini boleh berlaku hanya jika ia jet pejuang atau peluru berpandu darat ke udara (yang menembaknya)," katanya kepada Reuters, sambil berkata pemberontak tidak mempunyai senjata yang mampu menembak menembak jatuh kapal terbang pada ketinggian begitu. 

Semua 295 orang di atas kapal pesawat terbunuh, kata seorang pegawai kementerian dalam negeri Ukraine, dengan menyalahkan "pengganas" menggunakan peluru berpandu darat ke udara. 

Perdana menteri Ukraine menyifatkan nahas yang menimpa pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu sebagai satu "bencana". - Reuters

1 comments:

  1. SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.