Perkasa benci manusia lain kecuali Melayu dan Islam. Sesama Islam pun Ibrahim Ali tidak suka kalau tidak sealiran. Perkasa juga benci kita orang Kristian. Jadi, apa perjuangan Jimmy dalam Perkasa?..
KOTA KINABALU: Dua hari selepas menarik balik permohonan untuk menyertai Perkasa, penduduk Sabah masih enggan memaafkan penyanyi Jimmy Palikat yang sebelum ini berkata, mahu kembangkan kerjaya seni melalui pertubuhan NGO itu.
“Maaf, sudah terlambat,” kata pemegang akaun Facebook bernama Joedy Smith.
Andrew Tang pula berkata, sudah terlambat bagi Jimmy menjelaskan kedudukannya tetapi yang nyata dia sudah menunjukkan diri sebagai rasis dengan memohon untuk menyertai pertubuhan yang rasis.
Selepas mengguris perasaan penduduk Sabah, mereka berharap apabila Jimmy menyanyi di majlis keramaian seperti Pesta Kaamatan nanti, tidak akan ada botol montoku, kayu, selipar dan sampah dilontar kepadanya di atas pentas.
Dalam masa beberapa jam selepas penjelasan Jimmy keluar dalam portal ini, ratusan netizen terus ‘membelasahnya’ tanpa menunjukkan rasa belas kasihan kepada penyanyi ‘Anak Kampung’ ini.
Kebencian dan rasa muak penduduk Sabah terhadap presiden Perkasa, Ibrahim Ali begitu ketara dalam cara mereka mengkritik Jimmy. Mereka menyamakan kemasukan Jimmy dalam Perkasa seperti lelaki kulit hitam menyertai KKK (Ku Klux Klan – sebuah kumpulan rasis ekstrem di Amerika Syarikat).
“Kau masuk Perkasa pun tidak guna kerana yang jadi pemimpin adalah Perkasa, Pekida, ISMA dan sebagainya. Mereka adalah golongan pariah yang menyusahkan negara,” kata Bluescropian Crossing.
Selepas ini kata mereka, Jimmy tidak akan ada lagi peminat di Sabah kerana membelot masyarakatnya sendiri demi kerana wang dan kemasyuran.
Alvin John pula berkata, Perkasa adalah haram bagi rakyat Sabah dan Sarawak dan sesiapa saja yang menyertainya akan turut dipulau dan disebabkan itu, Jimmy juga dipulaukan.
‘Poskan borang tarik balik permohonan’
Tidak kurang juga ada komen yang melucukan dan bernada sindiran.
Ordinary berkata: “Perkasa berjaya dimalukan oleh penyanyi kampung dari Sabah dengan menyatakan pertubuhan itu rasis. Suatu gerakan hebat. Tendang kepala but** Ibrahim Ali….
“Kalau JP (Jimmy Palikat) buat konsert bertemakan ‘Boikot Perkasa Di Sabah’ saya sangup datang beli tiket! Kami juga mahu JP poskan borang tarik balik permohonan masuk Perkasa sebagai bukti dia jujur.”
Jumaat Awang berkata, kerosakan sudah berlaku dan dia tidak lagi melihat Jimmy sebagai rakyat Sabah tetapi lebih kepada sampah yang tidak diperlukan lagi di sini.
Namun, ada juga yang bersimpati dengan penyanyi ini.
Bius Kunda berkata, apabila JP menarik diri dari menyertai Perkasa bermakna, dia perlu diberikan peluang.
“Dia kini berada dalam kelompok ‘second chance’ dan jika ada sinar dalam diri JP, dia mungkin boleh kembali ke kelompok utama dunia seni suatu hari nanti sebab kita bukan bangsa pendendam tapi jenis mengampuni.
“Terlambat atau tidak akhirnya kita akan kehilangan seorang pejuang seni yang berani mengambil risiko,” katanya.
Terence Dundee meminta Jimmy diberi peluang kedua untuk berubah dan kembali ke pangkal jalan kerana menurutnya, “…kita semua tidak lepas dari melakukan kesilapan…”
Admin The Future of Sabah/Sarawak And the Federation of Malaysia juga menggesa rakyat Sabah dan Sarawak memaafkan Jimmy kerana walau apapun, dia masih ada hak untuk melakukan apa saja sebagai manusia yang bebas.
“Bah…kepada semua Sabahan dan Sarawakian, mari kita semua maafkan dia kerana dia sudah insaf. Boleh kita semua berikan sokongan kita semula? Dia mau ikut parti Umno itu adalah hak dia. Dia tukar agama juga adalah hak dia…”
“Tapi apabila dia menyertai Perkasa, itu juga hak dia walaupun ia sesuatu yang kita tidak dapat terima. Tapi kini, dia telah menarik diri dari Perkasa. Sebagaimana kita marahkannya, mari kita semua maafkan dia beramai-ramai,” katanya.
Di akhir ayatnya, admin kumpulan ini berkata: “Kita maafkam dia tetapi ini tidak bermakna kita lupakan kerosakan yang dia lakukan.”
Majoriti marah
Ada juga mendakwa tindakan Jimmy masuk Perkasa itu adalah gimik untuk menjadikan dirinya lebih terkenal.
Kata Tommy Venantius, Jimmy pandai mencari publisiti dan sekarang sudah terkenal di seluruh Malaysia. Orang-orang di Australia pun sudah kenal nama Jimmy Palikat.
Dalam nada yang lebih serius ada warga netizen berkata, jika nampak Jimmy, dia akan lontar dengan cawan.
Bagaimanapun, majoriti penduduk melalui komen yang dihantar di Facebook mengaitkan kemarahan mereka itu dengan Perkasa dan Ibrahim Ali.
Mereka berkata, sukar untuk menghormati Jimmy kerana dia ‘buta’ dan ‘tuli’ selepas berkawan dengan Perkasa.
“Perkasa benci manusia lain kecuali Melayu dan Islam. Sesama Islam pun Ibrahim Ali tidak suka kalau tidak sealiran. Perkasa juga benci kita orang Kristian. Jadi, apa perjuangan Jimmy dalam Perkasa?
Bak kata Johari Jojo, telajak perahu boleh diundur, terlepas kata badan binasa!
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.